Terkini
Kerajaan terus pergiat usaha martabat Bahasa Melayu di IPTA
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang membangunkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu (PTMBM) di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) bagi fasa 2023 hingga 2030.

- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang membangunkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu (PTMBM) di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) bagi fasa 2023 hingga 2030.
- Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Yusof Apdal, berkata pelan tindakan ini hasil penambahbaikan bagi meneruskan usaha memartabatkan bahasa Melayu di IPTA.
- “Terkini, bagi meneruskan usaha memartabatkan bahasa Melayu di IPTA, pelan tindakan itu sentiasa diperhalusi dan ditambah baik dan hasilnya, PTMBM bagi 2023 hingga 2030 turut dibangunkan,” katanya pada sesi soal jawab, di Dewan Rakyat, hari ini.
- Mohd Yusof berkata, di bawah PTMBM ini, empat objektif utama digariskan ialah membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menghasilkan graduan berketerampilan dalam bahasa Melayu.
- Ketiga ialah merealisasikan bahasa Melayu sebagai wadah pembangunan negara dan memperkukuh peranan bahasa Melayu sebagai sumber rujukan setanding bahasa asing.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang membangunkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu (PTMBM) di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) bagi fasa 2023 hingga 2030.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Yusof Apdal, berkata pelan tindakan ini hasil penambahbaikan bagi meneruskan usaha memartabatkan bahasa Melayu di IPTA.
“Sejak 2011, usaha memartabatkan bahasa Melayu di universiti awam giat dijalankan melalui pembangunan PTMBM di IPT (2011 hingga 2015).
“Ia juga dilaksanakan melalui PTMBM di universiti awam yang bermula pada 2016 hingga 2020.
“Terkini, bagi meneruskan usaha memartabatkan bahasa Melayu di IPTA, pelan tindakan itu sentiasa diperhalusi dan ditambah baik dan hasilnya, PTMBM bagi 2023 hingga 2030 turut dibangunkan,” katanya pada sesi soal jawab, di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang meminta menteri pendidikan tinggi menyatakan sejauh mana kementerian bersetuju menguatkuasakan Akta Bahasa Kebangsaan 9163 di IPT terutama pada sesi pengajaran dan pembelajaran.
Mohd Yusof berkata, di bawah PTMBM ini, empat objektif utama yang digariskan ialah membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menghasilkan graduan berketerampilan dalam bahasa Melayu.
Selain itu, katanya, objektif ketiga ialah merealisasikan bahasa Melayu sebagai wadah pembangunan negara dan memperkukuh peranan bahasa Melayu sebagai sumber rujukan setanding bahasa asing.
“KPT sentiasa memberikan sokongan terhadap segala usaha dan inisiatif dijalankan di pelbagai peringkat bagi memartabatkan bahasa Melayu terutama di IPT dan usaha ini tidak terhad kepada penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berhubung tindakan terhadap IPT swasta yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan, Yusof bagaimanapun berkata, institusi swasta diberikan kelonggaran kerana menggunakan dana sendiri bagi operasi mereka.
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login