Antarabangsa
(VIDEO) Kenya tidak iktiraf perkahwinan sejenis – Presiden William Ruto
Perkahwinan sejenis tidak akan dibenarkan di Kenya memandangkan ia bertentangan dengan budaya dan tradisi negara, kata Presidennya, William Ruto.
- Perkahwinan sejenis tidak akan dibenarkan di Kenya kerana ia bertentangan dengan budaya dan tradisi negara, kata Presidennya, William Ruto.
- “Saya seorang yang takut kepada Tuhan. Kami tidak membenarkan wanita berkahwin dengan wanita, mahupun lelaki untuk berkahwin dengan lelaki,” katanya.
- Ruto juga menyeru semua pemimpin agama untuk mendidik rakyat Kenya agar tidak terpengaruh kepada dakyah asing seperti itu.
- Kanun keseksaan Kenya menghukum pesalah seks “melawan peraturan alam” dengan hukuman penjara sehingga 14 tahun.
NAIROBI – Perkahwinan sejenis tidak akan dibenarkan di Kenya memandangkan ia bertentangan dengan budaya dan tradisi negara, kata Presidennya, William Ruto.
Ruto berkata demikian pada Jumaat lalu sebagai reaksi terhadap keputusan Mahkamah Agung Kenya pada 24 Februari lalu menolak rayuan Kerajaan Kenya melarang pendaftaran organisasi LGBT+.
View this post on Instagram
“Saya seorang yang takut kepada Tuhan. Walaupun kami menghormati mahkamah, agama, tradisi, undang-undang dan adat kami tidak membenarkan wanita berkahwin dengan wanita, mahupun lelaki untuk berkahwin dengan lelaki.
“Jangan risau, ia tidak akan berlaku di Kenya. Kami tahu bahawa terdapat ramai orang yang menyebarkan idea ini, anak-anak kami di universiti tertekan dengan ajaran kotor ini,” katanya seperti dipetik La Prensa Latina Bilingual Media.
Ruto juga menyeru semua pemimpin agama untuk mendidik rakyat Kenya agar tidak terpengaruh kepada dakyah asing seperti itu sehingga hilang kepercayaan terhadap adat, agama Kristian dan agama Islam.
Kanun keseksaan Kenya menghukum pesalah seks “melawan peraturan alam” dengan hukuman penjara sehingga 14 tahun.
Sumber: La Prensa Latina Bilingual Media