Connect with us

Antarabangsa

Kanak-kanak autistik jadi mangsa penderaan seksual transgender pedofil ‘non-binari’

Seorang lelaki transgender bukan binari ditahan dan didakwa melakukan penderaan seksual yang teruk ke atas kanak-kanak di bawah umur enam tahun, dua pertuduhan perlakuan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dan dua kes memiliki dan berniat untuk mempromosikan pornografi kanak-kanak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kanak-kanak autistik jadi mangsa penderaan seksual transgender pedofil ‘non-binari’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki transgender bukan binari ditahan dan didakwa melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak di bawah umur enam tahun, umur 14 tahun dan memiliki pornografi kanak-kanak.
  • Kelvin Alexander Dias, 23, ditahan pada 15 Februari lalu berhubung penderaan seksual terhadap seorang kanak-kanak.
  • Kanak-kanak autistik yang tidak tahu bertutur menjadi salah satu sebab tertuduh menjadikannya mangsa.
  • Dias ditahan selepas memuat naik kandungan pornografi kanak-kanak di Twitter untuk mendapat upah.

TEXAS – Seorang lelaki transgender bukan binari ditahan dan didakwa melakukan penderaan seksual yang teruk ke atas kanak-kanak di bawah umur enam tahun, dua pertuduhan perlakuan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dan dua kes memiliki dan berniat untuk mempromosikan pornografi kanak-kanak.

Kelvin Alexander Dias, 23, ditahan pada 15 Februari lalu berhubung penderaan seksual terhadap seorang kanak-kanak. 

Dias menyifatkan dirinya sebagai bukan binari (mengaku dirinya bukan lelaki atau perempuan) didakwa menjadikan seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun sebagai mangsanya.

Ketua Bahagian Pemerdagangan Manusia dan Eksploitasi Kanak-kanak di pejabat Peguam Daerah Harris County, Luke Beatty berkatabkanak-kanak autistik itu yang tidak tahu bertutur menjadi salah satu sebab tertuduh menjadikannya mangsa sasaran.

Beatty berkata Dias ditahan selepas memuat naik kandungan pornografi kanak-kanak di Twitter untuk mendapat upah.

“Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC) mendapati terdapat pornografi kanak-kanak dalam akaun Twitternya,” kata Beatty dipetik Reduxx.

Pihak berkuasa berjaya menjejaki Dias berdasarkan alamat IPnya.

Tertuduh dilaporkan mengaku mencipta dan memuat naik kandungan itu.

Antara kandungan penderaan seksual kanak-kanak dimuat naik tertuduh adalah gambar-gambar mangsa. Wakil NCMEC menghubungi ibu kepada mangsa yang mengesahkan identiti kanak-kanak itu. 

Menurut ABC13, Dias memberitahu pihak polis yang bertugas bahawa dia mempunyai perancangan untuk lari daripada negara itu.

Tertuduh yang berasal dari Honduras, menetap di Houston sejak empat tahun lalu dan bekerja sebagai pembantu rumah selama dua tahun. Mangsa merupakan rakan kepada keluarga majikannya.

Dias, selepas ditahan, didakwa menyebut terdapat seorang lagi mangsa, namun enggan memberitahu identiti kanak-kanak itu kepada penguatkuasa undang-undang.

Hakim Frank Aguilar menetapkan bon untuk tertuduh sebanyak AS$1.2 juta dolar dalam perbicaraan pada 20 Februari lalu.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *