Connect with us

Antarabangsa

Jepun hasrat laksana kod QR pada buku teks

Mulai tahun depan, Jepun berhasrat melaksanakan sistem imbasan kod QR pada buku teks sekolah rendah yang menawarkan akses audio, video dan sumber berkaitan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jepun hasrat laksana kod QR pada buku teks
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mulai tahun depan, Jepun berhasrat melaksanakan sistem imbasan kod QR pada buku teks sekolah rendah menawarkan akses audio, video dan sumber berkaitan.
  • Menurut Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi, semua 149 buku teks dalam 11 mata pelajaran diserahkan untuk saringan bagi peletakan kod QR.
  • Saringan dilaksanakan baru-baru ini, berdasarkan garis panduan kurikulum dalam menyemak buku teks yang lulus tapisan, susulan penutupan sementara sekolah.
  • Penerbit buku teks menambah kod QR untuk akses mudah kepada bahan pembelajaran digital seperti video, rakaman audio dan latihan pada setiap buku teks.

Tokyo: Mulai tahun depan, Jepun berhasrat melaksanakan sistem imbasan kod QR pada buku teks sekolah rendah yang menawarkan akses audio, video dan sumber berkaitan.

Menurut Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi, semua 149 buku teks dalam 11 mata pelajaran yang diserahkan untuk saringan bagi peletakan kod QR.

Saringan dilaksanakan baru-baru ini, berdasarkan garis panduan kurikulum dalam menyemak buku teks yang lulus tapisan pada tahun 2018 dan 2021, susulan penutupan sementara sekolah.

Hasilnya, semua 149 buku teks untuk 11 mata pelajaran yang diserahkan penerbit buku teks melepasi saringan.

Kementerian mengeluarkan 2,149 pandangan mengenai pelbagai bahagian buku teks antaranya penerangan salah.

Kementerian bercadang untuk memperkenalkan buku teks digital untuk kelas Bahasa Inggeris dari gred lima sekolah rendah hingga tahun ketiga sekolah rendah mulai tahun persekolahan 2024.

Ia berdasarkan kepercayaan buku teks digital akan memberi kesan positif terhadap kemahiran mendengar dan bertutur.

Penerbit buku teks menambah kod QR untuk akses mudah kepada bahan pembelajaran digital seperti video, rakaman audio dan latihan pada setiap buku teks.

Profesor Pelawat Perpustakaan dan Sains Maklumat Universiti Terbuka Jepun, Teruyo Horikawa berpandangan penting menggunakan kedua-dua bahan digital dan fizikal.

“Menggunakan bahan digital akan menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan memotivasikan kanak-kanak, penyelidikan di perpustakaan atau merujuk kepada ensiklopedia bercetak juga akan mengukuhkan lagi daya pemikiran mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *