Connect with us

Terkini

Jemput pencipta kandungan lucah OnlyFans, netizen selar media tempatan

Portal media tempatan dalam talian, SAYS dikritik kerana menjemput pencipta kandungan lucah dalam sebuah program bual bicara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Jemput pencipta kandungan lucah OnlyFans, netizen selar media tempatan
Foto: Bekas pencipta kandungan OnlyFans, Pui Yi (kiri) dan pencipta kandungan OnlyFans, Jason (kanan).
  • Portal media tempatan dalam talian, SAYS menjemput pencipta kandungan lucah dalam sebuah video bual bicara.
  • Video itu menampilkan beberapa pencipta kandungan OnlyFans bermain permainan Trauma Bingo.
  • Netizen menyelar tindakan SAYS dan menyifatkan ia seolah-olah menormalisasikan kerjaya pencipta kandungan lucah.
  • OnlyFans merupakan sebuah platform dalam talian yang mengenakan bayaran keahlian bulanan bagi mengakses gambar, video, dan siaran langsung pencipta kandungan pilihan mereka.
  • Ia juga telah digunakan secara meluas oleh pekerja seks untuk meraih pendapatan melalui kandungan lucah yang mereka hasilkan.

Portal media tempatan dalam talian, SAYS dikritik kerana menjemput pencipta kandungan lucah dalam sebuah program bual bicara.

Program yang menampilkan beberapa pencipta kandungan OnlyFans itu memaparkan mereka bermain permainan Trauma Bingo, dimana mereka perlu menandakan apa sahaja kenyataan berkaitan trauma yang pernah dialami mereka.

Salah seorang jemputan, Pui Yi yang merupakan bekas pencipta kandungan di platform OnlyFans menandakan kenyataan yang menyebut ‘saya pernah berasa tidak yakin dengan tubuh saya’.

Dia mengakui perkara demikian memandangkan dia sentiasa hampir bertelanjang di platform itu.

Meninjau ke ruangan komen, netizen menyelar tindakan SAYS dan menyifatkan ia seolah-olah menormalisasikan kerjaya pencipta kandungan lucah.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Instagram Says.

Keratan video di Instagram yang mempromosikan video penuh itu telah menerima lebih 43,000 tontonan.

Video penuhnya pula telah meraih lebih 4,400 tontonan selepas tiga hari dimuat naik ke Youtube.

OnlyFans merupakan sebuah platform dalam talian yang dicipta pada 2016, dimana pengguna perlu membayar keahlian bulanan bagi mengakses gambar, video, dan siaran langsung pencipta kandungan pilihan mereka.

Bagaimanapun, ia telah digunakan secara meluas oleh pekerja seks untuk meraih pendapatan melalui kandungan lucah yang mereka hasilkan. – The Merdeka Times

Sumber: Instagram @saysdotcom 

Author