Connect with us

Terkini

Indira Gandhi mohon batal undang-undang tukar agama sepihak 8 negeri

Guru tadika, M Indira Gandhi dan 13 yang lain memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi menuntut perisytiharan bahawa beberapa enakmen negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak kepada Islam secara unilateral (sebelah pihak) tidak berperlembagaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Indira Gandhi mohon batal undang-undang tukar agama sepihak 8 negeri
Foto: Guru tadika, M Indira Gandhi.
  • “Saya menang dalam mahkamah persekutuan….tetapi penukaran agama still berlaku,” – M Indira Ghandi
  • Enakmen penukaran agama secara sepihak bagi lapan negeri perlu diseragamkan.
  • Indira tidak kisah jika agama Islam adalah pilihan anak bongsunya, Prasana Diksa, 15 yang dilarikan bekas suami.
  • Tevin Darsiny, 27 dan Karan Dinish, 26 masih bersama dengan Indira dan menganut agama Hindu,
  • Prasana juga beragama Hindu mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2018 setelah penukaran ke agama Islam itu terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

PETALING JAYA – Guru tadika, M Indira Gandhi dan 13 yang lain memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi menuntut perisytiharan bahawa beberapa enakmen negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak kepada Islam secara unilateral (sebelah pihak) tidak berperlembagaan.

Pada 29 Januari 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak Indira hampir 14 tahun lalu kepada Islam oleh bekas suami mualafnya, adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Mahkamah itu memutuskan bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

Dalam kes saman pemula difailkan pada 3 Mac lalu, 14 plaintif terbabit menamakan kerajaan negeri Perlis, Kedah, Melaka, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan selaku defendan.

“Saya menang dalam mahkamah persekutuan. And some of the state I mean walaupun kita sudah ada judgement, tetapi penukaran agama still berlaku.

“So this has to have a full stop lah until we have a uniform enactment,” katanya ketika ditemu bual The Merdeka Times di pejabat Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia di sini hari ini.

Mereka antara lain memohon perisytiharan bahawa amalan penukaran agama secara unilateral adalah tidak berperlembagaan dan bertentangan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimanapun beberapa kerajaan negeri masih mengamalkan penukaran agama Islam secara unilateral kepada kanak-kanak melalui enakmen negeri.

“If it is done legally. It is different. Jika tidak diketahui sebelah pihak, then the institution of the child is being jeopardised. Dia dalam dilema,” katanya.

Tambah Indira ini berbeza jika anak sudah mencecah usia 18 tahun dan ke atas di mana mereka boleh membuat pilihan untuk menganut mana-mana agama secara sendiri.

“If my daughter (Prasana) really wants to stay in Agama Islam, tak ada hal. As long as you (bekas suami) bring and show her to me lah,” katanya.

Prasana dilarikan oleh bekas suami Indira, Muhammad Ridhuan Abdullah atau K Patmanathan ketika anaknya berusia 11 bulan kerana konflik keluarga.

Sehingga ke hari ini, masih tiada apa-apa perkembangan mengenai Prasana dan Indira juga tidak dapat menghubungi anaknya.

Foto: Dari kiri M Indira Ghandi, Pengerusi Pasukan Tindakan Indira Ghandi, Arun Dorasamy (tengah) dan bekas Pengerusi Malaysia Hindu Sangam (MHS) Datuk RS Mohan Shan (kanan).

Bagaimanapun, dua lagi anak-anak masih bersama dengannya dan kini menganut agama Hindu.

Indira juga menegaskan bahawa Prasana adalah beragama Hindu mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan.

Ini kerana mangsa waktu itu masih belum cukup umur 18 tahun untuk mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga untuk memeluk agama Islam.

Selain Indira, plaintif lain antaranya ialah Pertubuhan Agamam Ani, bekas pengerusi Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) S Mohan dan Pengerusi Indira Gandhi Action Team D Arumugam-The Merdeka Times

Author