Antarabangsa
“I just didn’t really feel that horny anymore”, lelaki Australia kongsi pengalaman di bawah undang-undang syariah di Aceh
Itu antara reaksi pengguna TikTok, @pahohlife iaitu seorang lelaki Australia yang berkongsikan pengalamannya berada di negara menguatkuasakan undang-undang syariah iaitu di Acheh, Indonesia.
- Pengguna TikTok, @pahohlife iaitu seorang lelaki Australia berkongsi pengalamannya berada di negara di bawah undang-undang syariah iaitu di Acheh, Indonesia.
- “I just didn’t really feel that horny anymore. Dan saya sedar wow! Ini kerana pakaian terdedah, separuh bogel tidak diperagakan di hadapan saya sepanjang di sini”.
- “Jadi saya tidak mempunyai tindak balas seksual ke atasnya. Ia sesuatu yang sangat menarik. Saya agak terlupa tentang isu jantina. Like man, woman, it actually doesn’t matter”. – pengguna TikTok @pahohlife
“At the end of my two months living under Sharia law, I was like, wow! I get it now.”
Itu antara reaksi pengguna TikTok, @pahohlife iaitu seorang lelaki Australia yang berkongsikan pengalamannya berada di negara menguatkuasakan undang-undang syariah iaitu di Acheh, Indonesia.
@pahohlife yang dibesarkan dalam keluarga liberal berkata, pada mulanya dia mengandaikan apabila memasuki kawasan rantau itu dia mungkin tidak akan melakukan hubungan seks selama dua bulan di mana situasi itu akan menyebabkan dia berada di tahap keinginan seksual yang sangat tinggi.
Bagaimanapun, katanya apa yang dia lalui selama menetap di rantau itu adalah bertentangan dengan andaiannya.
“I just didn’t really feel that horny anymore. Dan saya sedar wow! Ini kerana pakaian terdedah, separuh bogel tidak diperagakan di hadapan saya sepanjang masa.
“Wanita berseluar jeans yang sangat ketat, massive cleavage hanging out, blah-blah-blah. Saya tidak berdepan dengannya sepanjang di sini.
“Jadi saya tidak mempunyai tindak balas seksual ke atasnya. Ia sesuatu yang sangat menarik. Saya agak terlupa tentang isu jantina. Like man, woman, it actually doesn’t matter, ” katanya dalam klip videp berdurasi seminit 41 saat itu.
@pahohlife berkata keinginan seksualnya menurun sekalipun dia melalui pelbagai interaksi sosial dengan ramai wanita, lelaki, kumpulan campuran dan sebagainya.
Menurutnya, senario dihadapi itu berikutan masyarakat di sana berpakaian menutup aurat sehingga dorongan seksnya merudum.
Dia juga menyimpulkan sebarang percubaan seorang wanita mempamerkan tubuh dan berpakaian terdedah bertujuan memancing keinginan seksual lelaki terhadapnya. – The Merdeka Times
Sumber : TikTok @pahonlife