Terkini
Hina Islam: Peruntukan undang-undang tegas perlu digubal segera – PERKASA
Peruntukan undang-undang yang lebih tegas perlu digubal bagi menangani isu penghinaan agama Islam yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
- Ahli Dewan Tertinggi PERKASA, Azrol Mansor berkata hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap mana-mana individu yang cuba melakukan provokasi dan penghinaan agama Islam.
- “Hukuman kepada penghina agama perlu meluas bukan sahaja kepada orang bukan Islam tetapi juga kepada individu beragama Islam sendiri.
- “Tindakan tersebut wajar kerana ia sejajar dengan ajaran dan tuntutan agama Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
- Terbaharu, tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki secara sengaja mempermainkan agama dengan membaca basmalah sebelum meneguk apa yang dipercayai merupakan minuman keras.
- Selepas dikecam, rakan kepada individu dalam video itu tampil membuat penjelasan menyatakan minuman di bar dikunjunginya memang diberikan nama ‘bir’ dan ‘stout’, namun berasaskan tumbuhan dan tidak mengandungi alkohol.
BANGI, 9 Syaaban 1444H, Khamis – Peruntukan undang-undang yang lebih tegas perlu digubal bagi menangani isu penghinaan agama Islam yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Ahli Dewan Tertinggi PERKASA, Azrol Mansor berkata, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap mana-mana individu yang cuba melakukan provokasi dan penghinaan agama Islam.
“Hukuman kepada penghina agama perlu meluas bukan sahaja kepada orang bukan Islam tetapi juga kepada individu beragama Islam sendiri.
“Tindakan tersebut wajar kerana ia sejajar dengan ajaran dan tuntutan agama Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terbaharu, tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki secara sengaja mempermainkan agama dengan membaca basmalah sebelum meneguk apa yang dipercayai merupakan minuman keras.
Situasi berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai terutama masyarakat Islam yang menganggap tindakan itu dilakukan demi meraih populariti semata-mata.
Selepas dikecam, rakan kepada individu dalam video tersebut tampil membuat penjelasan menyatakan bahawa minuman di bar dikunjunginya memang diberikan nama ‘bir’ dan ‘stout’ namun, ia berasaskan tumbuhan dan tidak mengandungi alkohol.
Malah, dia berkata, ia sebuah bar ‘mesra muslim’ di Singapura bernama Yakool Zuna.
Azrol bagaimanapun berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi mengelak kejadian sama berulang selain menjadi barah yang mungkin tidak terkawal di negara ini.
Sumber: Ismaweb