Connect with us

Terkini

Gabenor arah sesi sekolah bermula 5 pagi

Gabenor Nusa Tenggara Timur, Viktor Bungtilu Laiskodat mengarahkan waktu sesi persekolahan bagi sekolah menengah atas (SMA) dan sekolah setaraf dengannya di Kupang dimulakan seawal pukul 5 pagi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gabenor arah sesi sekolah bermula 5 pagi
Foto: Gabenor Nusa Tenggara Timur, Viktor Bungtilu Laiskodat.
  • Gabenor Nusa Tenggara Timur, Viktor Bungtilu Laiskodat mengarahkan waktu sesi persekolahan bagi sekolah menengah atas (SMA) dan sekolah setaraf dengannya dimulakan seawal pukul 5 pagi.
  • Perkara itu disampaikan oleh beliau dalam satu mesyuarat dihadiri oleh pengetua-pengetua sekolah pada minggu lalu.
  • Beliau menganggarkan pelajar hanya memerlukan setengah jam untuk mempersiapkan diri dan 30 minit seterusnya adalah perjalanan ke sekolah.
  • “Justeru, pelajar sekolah menengah dijangka dapat tiba ke sekolah pada pukul 5 pagi,” katanya.

JAKARTA: Gabenor Nusa Tenggara Timur, Viktor Bungtilu Laiskodat mengarahkan waktu sesi persekolahan bagi sekolah menengah atas (SMA) dan sekolah setaraf dengannya di Kupang dimulakan seawal pukul 5 pagi.

Perkara itu disampaikan oleh Viktor dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pengetua-pengetua sekolah pada minggu lalu.

Lapor CNN Indonesia, rakaman video berdurasi satu minit 43 saat yang memaparkan arahan gabenor itu, tular dalam media sosial.

Dalam video itu, Viktor berkata, pelajar harus membiasakan diri mereka untuk bangun awal pada pukul 4 pagi. 

Beliau menganggarkan pelajar hanya memerlukan setengah jam untuk mempersiapkan diri dan 30 minit seterusnya adalah perjalanan ke sekolah.

“Justeru, pelajar sekolah menengah dijangka dapat tiba ke sekolah pada pukul 5 pagi,” katanya.

Ahli politik dari parti NasDem itu berkata, antara pertimbangan untuk melaksanakan peraturan ini adalah berdasarkan purata pelajar sekolah menengah yang tidur selewat-lewatnya pukul 10 malam.

“Jadi, tempoh tidur enam jam sudah memadai untuk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Viktor berkata, budaya pergi ke sekolah awal bertujuan meningkatkan disiplin dan etika kerja dalam kalangan pelajar.

“Saya sedar peraturan baharu ini akan membebankan pelajar dan guru.

“Namun, perlu ada pengorbanan sebelum melakukan sebarang perubahan,” katanya.       

Sementara itu, Viktor memaklumkan peraturan baharu itu hanya terpakai kepada SMA 1 dan SMA 6 di Kupang.

Katanya, tujuannya adalah untuk menyediakan pelajar memasuki universiti atau institusi pendidikan tinggi di Indonesia.  

Sumber: Utusan 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *