Connect with us

Antarabangsa

Denmark tolak larangan berhijab didebatkan di Parlimen

Kerajaan Denmark menolak permintaan parti berhaluan kanan untuk mengadakan perdebatan di Parlimen mengenai larangan berhijab di sekolah.

Wartawan TMT

Published

on

Denmark tolak larangan berhijab didebatkan di Parlimen
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Denmark menolak permintaan parti berhaluan kanan untuk mengadakan perdebatan di Parlimen mengenai larangan berhijab di sekolah.
  • Menteri Imigresen, Kaare Dybvad Bek berkata larangan dicadangkan itu bertentangan dengan undang-undang Denmark dan komitmen negara di peringkat global.
  • “Menurut undang-undang, rancangan untuk mengharamkan pemakaian hijab di sekolah rendah tidak boleh dilaksanakan dalam rangka Perlembagaan dan kewajiban antarabangsa Denmark,”  katanya.
  • Pada Ogos lalu, The Danish Commission for the Forgotten Women’s Struggle, sebuah badan ditubuhkan pihak kerajaan, dalam cadangannya menyeru larangan berhijab di sekolah rendah untuk menghentikan “kawalan sosial berkaitan kehormatan” gadis daripada latar belakang minoriti.

COPANHAGEN – Kerajaan Denmark menolak permintaan parti berhaluan kanan untuk mengadakan perdebatan di Parlimen mengenai larangan berhijab di sekolah.

Menteri Imigresen, Kaare Dybvad Bek dalam satu komen bertulis pada Selasa berkata larangan dicadangkan itu bertentangan dengan undang-undang Denmark dan komitmen negara di peringkat global.

“Menurut undang-undang, rancangan untuk mengharamkan pemakaian hijab di sekolah rendah tidak boleh dilaksanakan dalam rangka Perlembagaan dan kewajiban antarabangsa Denmark,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.

Walaupun menolak cadangan parti berhaluan kanan itu, menteri terbabit berkata Denmark menghadapi “cabaran serius dengan kawalan sosial negatif dan penindasan gadis muda dalam persekitaran tertentu”.

“Oleh itu, kerajaan tidak boleh menyokong cadangan itu. Namun, kami akan terus melawan penindasan yang berkaitan dengan penghormatan dan kawalan sosial negatif,” katanya.

Pada Ogos lalu, The Danish Commission for the Forgotten Women’s Struggle, sebuah badan ditubuhkan pihak kerajaan, dalam cadangannya menyeru larangan berhijab di sekolah rendah untuk menghentikan “kawalan sosial berkaitan kehormatan” gadis daripada latar belakang minoriti.

Cadangan itu mencetuskan protes di mana beribu-ribu orang membuat tunjuk perasaan atas cadangan larangan berhijab. 

Protes berskala besar itu memberi impak sehingga dua ahli suruhanjaya itu menarik balik sokongan mereka untuk larangan pemakaian hijab.

Sumber: Anadolu Agency

Author

Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending