Connect with us

Terkini

Dakwaan mahu jatuhkan kerajaan, Bukit Aman siasat Hadi

Bukit Aman akan menjalankan siasatan lanjut ke atas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pengakuannya ada usaha oleh Perikatan Nasional (PN) untuk ‘menjatuhkan’ Kerajaan Perpaduan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dakwaan mahu jatuhkan kerajaan, Bukit Aman siasat Hadi
Foto: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
  • Bukit Aman akan menjalankan siasatan lanjut ke atas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang atas pengakuannya ada usaha PN untuk ‘menjatuhkan’ Kerajaan Perpaduan.
  • Siasatan akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
  • Satu laporan polis dibuat di IPD Dang Wangi semalam, sebelum laporan itu dipindahkan ke IPD Sentul untuk tindakan. – Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai. 
  • AMK dan Pemuda AMANAH Nasional semalam, membuat satu laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa  menjalankan siasatan terhadap Abdul Hadi berhubung isu berkenaan.

KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan menjalankan siasatan lanjut ke atas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pengakuannya ada usaha oleh Perikatan Nasional (PN) untuk ‘menjatuhkan’ Kerajaan Perpaduan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata siasatan akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam, sebelum laporan itu dipindahkan ke IPD Sentul untuk tindakan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan pihak USJT,” katanya pada sidang media di IPD Sentul di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan siasatan kes itu susulan laporan polis yang dibuat terhadap Abdul Hadi semalam.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda AMANAH Nasional semalam, membuat satu laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa itu menjalankan siasatan terhadap Abdul Hadi berhubung isu berkenaan.

Laporan dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi di sini.

Sebelum ini media melaporkan, Abdul Hadi dilaporkan berkata, tindakan menjatuhkan kerajaan adalah biasa dalam politik.

Beliau berkata, PN berhak untuk meneruskan rancangan menumbangkan Kerajaan Perpaduan meskipun ada yang meremehkan perkara itu.

Sumber: Berita Harian

Author