Connect with us

Terkini

Ambil tindakan tegas penganjur himpunan ada unsur LGBTQ – BERJASA

Perarakan tersebut dipercayai ingin membawa suara menuntut perubahan kepada dasar dan undang-undang Malaysia.  

Wartawan TMT

Published

on

Ambil tindakan tegas penganjur himpunan ada unsur LGBTQ – BERJASA
Foto: Penolong Setiausaha Agung BERJASA, Kaslawati Kassim.
  • Parti BERJASA menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap penganjur dan individu yang terbabit dalam perhimpunan ‘Women’s March Malaysia 2023’ sempena Hari Wanita Antarabangsa di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, semalam.
  • Penolong Setiausaha Agung BERJASA, Kaslawati Kassim berkata, perarakan membabitkan kira-kira 150 aktivis hak asasi, mahasiswa dan ahli parti politik itu mempunyai unsur slogan yang mengindoktrinasikan ideologi lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) kepada masyarakat umum.
  • “LGBTQ tidak membawa apa-apa kebaikan langsung kepada masyarakat. Ia hanya dipandu oleh nafsu dan keseronokan yang serakah pada individu-individu yang ingin terjebak dengannya.”
  • “Jelas ideologi LGBTQ ini hanya mendatangkan penyakit seperti HIV dan AIDS terutamanya kepada pelaku seks sejenis. Malah, ia tidak menyokong kepada pembentukan keluarga yang alami dan sihat,” katanya.

BANGI, 20 Syaaban 1444H, Isnin – Parti BERJASA menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap penganjur dan individu yang terbabit dalam perhimpunan ‘Women’s March Malaysia 2023’ sempena Hari Wanita Antarabangsa di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, semalam.

Penolong Setiausaha Agung BERJASA, Kaslawati Kassim berkata, perarakan membabitkan kira-kira 150 aktivis hak asasi, mahasiswa dan ahli parti politik itu mempunyai unsur slogan yang mengindoktrinasikan ideologi lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) kepada masyarakat umum.

Selaras dengan penetapan agama Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia, beliau menegaskan, ideologi songsang dan menyesatkan itu perlu ditegah serta dihalang daripada terus merebak kepada orang ramai.

“LGBTQ tidak membawa apa-apa kebaikan langsung kepada masyarakat. Ia hanya dipandu oleh nafsu dan keseronokan yang serakah pada individu-individu yang ingin terjebak dengannya.

“Jelas ideologi LGBTQ ini hanya mendatangkan penyakit seperti HIV dan AIDS terutamanya kepada pelaku seks sejenis. Malah, ia tidak menyokong kepada pembentukan keluarga yang alami dan sihat,” katanya.

Justeru, beliau berharap supaya pihak berkuasa bertindak tegas dan memantau aktiviti itu bagi memastikan kejadian sama tidak berulang sekali gus menghormati masyarakat Islam di negara ini.

Terdahulu, tular di media sosial Twitter dengan tanda pagar #WomenMarchMY yang menunjukkan beberapa foto aktivis perarakan berkenaan mengangkat bendera LGBTQ di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur.

Advertisement

Slogan ‘Imagine if men are disgusted with rape as with periods’, ‘Child not pride’, ‘Trans woman are woman’ dan ‘Police your behaviour not my body’ jelas terpampang pada plakad di dalam perhimpunan itu.

Perarakan itu dipercayai ingin membawa suara menuntut perubahan kepada dasar dan undang-undang Malaysia.  

Antara tuntutannya adalah gaji yang sama seperti lelaki, pengakhiran kepada perkahwinan kanak-kanak, dan perlindungan sosial untuk ‘semua jantina yang tertindas’ — yang merupakan sebahagian daripada sembilan tuntutan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya memaklumkan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, semua individu yang sedang dikenalpasti terlibat dalam perhimpunan itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Sumber: Ismaweb

Advertisement

 

 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending