Connect with us

Terkini

Agama bukan punca keganasan di Selatan Thailand

Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menegaskan bahawa agama bukan punca kepada keganasan di selatan Thailand.

Wartawan TMT

Published

on

Agama bukan punca keganasan di Selatan Thailand
Foto: Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (kanan).
  • Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menegaskan bahawa agama bukan punca kepada keganasan di selatan Thailand.
  • “Keganasan yang berlaku di selatan Thailand adalah berikutan tindakan radikal segelintir individu yang mahu melakukan keganasan atas nama agama,” katanya ketika perjumpaan dengan wakil-wakil penganut agama Buddha dari empat wilayah di selatan Thailand di Wat Chang Hai di Khok Pho, Pattani pada Khamis.
  • Proses Dialog Damai Selatan Thailand di antara Kerajaan Thailand dengan kumpulan pejuang kini memasuki tahun ke-10.

PATTANI: Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menegaskan bahawa agama bukan punca kepada keganasan di selatan Thailand.

“Keganasan yang berlaku di selatan Thailand adalah berikutan tindakan radikal segelintir individu yang mahu melakukan keganasan atas nama agama,” katanya ketika perjumpaan dengan wakil-wakil penganut agama Buddha dari empat wilayah di selatan Thailand di Wat Chang Hai di Khok Pho, Pattani pada Khamis.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia itu kini dalam rangka lawatan kerja empat hari ke selatan Thailand.

Ini merupakan lawatan kerja pertama Zulkifli selepas dilantik sebagai fasilitator baharu Malaysia untuk proses dialog damai di selatan Thailand berkuatkuasa 1 Januari 2023. Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor.

Zulkifli berkata Malaysia sentiasa komited dalam memudahcara kerajaan Thailand dan masyarakat Patani di wilayah sempadan selatan Thailand melalui meja rundingan.

“Walaupun konflik di selatan Thailand merupakan isu dalaman Thailand namun Malaysia sebagai jiran yang mempunyai hubungan erat mahu memudah cara dan membantu menyelesaikan konflik itu,” katanya.

Zulkifli menyaran semua pihak menyokong proses rundingan damai antara pihak kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang bertujuan untuk mencari penyelesaian bagi menamatkan konflik.

Advertisement

Proses Dialog Damai Selatan Thailand di antara Kerajaan Thailand dengan kumpulan pejuang kini memasuki tahun ke-10.

Proses itu bermula apabila Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Thailand pada ketika itu meminta Malaysia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik di selatan Thailand. Berikutan itu, satu Konsensus Am (General Consensus) di antara Kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi Basional (BRN) termeterai pada 28 Februari 2013. 

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending