Antarabangsa
12 tahun perang saudara, ribuan rakyat Syria turun jalanan seru Bashar al-Assad letak jawatan
Ribuan rakyat Syria turun ke jalan di Idlib bagi menyeru agar Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan pada ulang tahun ke-12 perang saudara negara itu.
- Ribuan rakyat Syria turun ke jalan di Idlib bagi menyeru agar Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan pada ulang tahun ke-12 perang saudara negara itu.
- Bandar Idlib adalah kawasan bandar terakhir masih di bawah kawalan pembangkang di Syria.
- Ketika konflik Syria memasuki tahun ke-13, Presiden Bashar al-Assad menjalinkan hubungan dengan negara teluk Arab kaya dengan sumber minyak bagi menormalkan hubungan selepas hampir sedekad diketepikan di peringkat antarabangsa.
- Konflik Syria telah membunuh lebih daripada 500,000 orang dan kehilangan separuh daripada 23 juta jumlah penduduk sebelum perang negara dan seramai 5 juta menjadi pelarian, kebanyakannya di negara jiran.
IDLIB: Ribuan rakyat Syria turun ke jalan di Idlib bagi menyeru agar Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan pada ulang tahun ke-12 perang saudara negara itu.
Perhimpunan di pusat bandar Idlib adalah yang terbesar dalam beberapa tahun ini.
Bandar Idlib adalah kawasan bandar terakhir yang masih di bawah kawalan pembangkang di Syria.
Ketika konflik Syria memasuki tahun ke-13, Presiden Bashar al-Assad menjalinkan hubungan dengan banyak negara teluk Arab yang kaya dengan sumber minyak bagi menormalkan hubungan selepas hampir sedekad diketepikan di peringkat antarabangsa.
Konflik Syria telah membunuh lebih daripada 500,000 orang dan kehilangan separuh daripada 23 juta jumlah penduduk sebelum perang negara.
Seramai 5 juta menjadi pelarian, kebanyakannya di negara jiran.
Gempa bumi pada 6 Februari yang melanda Turkiye dan Syria, mengorbankan lebih 50,000 orang, termasuk kira-kira 6,000 di Syria, memburukkan lagi kemusnahan akibat konflik Syria selama 12 tahun.
Tetapi ia juga dilihat telah membuka pintu diplomasi untuk Assad.
Gempa bumi dan hubungan rapat baru-baru ini antara kuasa besar serantau Iran dan Arab Saudi, yang sejak 2011 telah menyokong kumpulan saingan dalam konflik Syria telah membantu Assad kembali ke dalam kelompok antarabangsa.
Sumber: Astro Awani