Connect with us

Terkini

Uskup abaikan ancaman Parlimen paksa gereja England benarkan perkahwinan sejenis

Uskup agung Canterbury, Justin Welby memberi amaran kepada ahli Parlimen untuk mengabaikan ancaman campur tangan Parlimen memaksa gereja England membenarkan pasangan sejenis berkahwin di gereja, demikian lapor The Guardian.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Uskup agung Canterbury, Justin Welby
  • Uskup agung Canterbury, Justin Welby memberi amaran kepada ahli Parlimen untuk mengabaikan ancaman campur tangan Parlimen memaksa gereja England membenarkan pasangan sejenis berkahwin di gereja, demikian lapor The Guardian.
  • “Saya telah mendengar usaha sedemikian untuk mempengaruhi gereja sejak dua minggu lalu di parlimen, dan diberitahu dengan tepat apa yang perlu dilakukan. Saya tidak melakukan satu pun dari apa yang diberitahu” – Uskup agung Canterbury, Justin Welby.
  • Dia berkata demikian dalam perhimpunan kebangsaan gereja England.
  • Walaupun perkahwinan sejenis dibenarkan di England dan Wales sejak 2013, gereja masih tidak mengubah ajarannya.

 

Uskup agung Canterbury, Justin Welby memberi amaran kepada ahli Parlimen untuk mengabaikan ancaman campur tangan Parlimen memaksa gereja England membenarkan pasangan sejenis berkahwin di gereja, demikian lapor The Guardian.

Justin berkata, “Saya telah mendengar usaha sedemikian untuk mempengaruhi gereja sejak dua minggu lalu di Parlimen dan diberitahu dengan tepat apa yang perlu dilakukan. Saya tidak melakukan satu pun dari apa yang diberitahu”.

Dia berkata demikian dalam perhimpunan kebangsaan gereja England.

Sekumpulan Ahli Parlimen Konservatif dan Buruh sedang mempertimbangkan pilihan yang bertujuan untuk membawa gereja England selaras dengan undang-undang perkahwinan sejenis negara berkenaan.

Perhimpunan itu memakan masa lima jam pada Rabu membahaskan cadangan uskup untuk membenarkan paderi memberikan berkat di gereja kepada pasangan sejenis yang telah menjalani perkahwinan sivil.

Para uskup juga mencadangkan untuk mengkaji semula larangan paderi memasuki perkahwinan sivil sesama jantina dan peraturan membujang untuk paderi dalam hubungan sesama jantina.

Perkahwinan sejenis dibenarkan di England dan Wales sejak 2013.

Bagaimanapun, gereja tidak mengubah ajarannya walaupun undang-undang itu dipinda.

 

Sumber: The Guardian

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending