Connect with us

Antarabangsa

Profesor cadang upacara bunuh diri tangani jumlah warga tua di Jepun

Seorang profesor Universiti Yale telah mencetuskan kemarahan dengan mencadangkan satu-satunya cara untuk menangani jumlah penduduk Jepun yang semakin tua adalah dengan membunuh diri secara besar-besaran dan menikam perut sendiri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Profesor cadang upacara bunuh diri tangani jumlah warga tua di Jepun
Foto: Yusuke Narita.
  • Penolong profesor ekonomi Universiti Yale, Yusuke Narita telah mencadangkan membunuh diri secara besar-besaran dan menikam perut sendiri bagi menangani jumlah penduduk Jepun yang semakin tua.
  • Dia mencadangkan perkara itu dalam program berita pada 2021, dan tampil mempertahankan cadangan itu menerusi profil New York Times hujung minggu lalu.
  • “Saya rasa ada satu-satunya penyelesaian yang cukup jelas… Akhirnya, bukankah ia membunuh diri beramai-ramai dan orang tua menjalani ‘seppuku’ beramai-ramai?” – Yusuke Narita.
  • Seppuku, atau lebih dikenali sebagai ‘harakiri’ ialah upacara menikam perut sendiri yang dipaksakan kepada samurai yang telah membawa kehinaan kepada diri mereka sendiri pada abad ke-19 di Jepun.

Seorang profesor Universiti Yale telah mencetuskan kemarahan dengan mencadangkan satu-satunya cara untuk menangani jumlah penduduk Jepun yang semakin tua adalah dengan membunuh diri secara besar-besaran dan menikam perut sendiri.

Memetik laporan Daily Mail, penolong profesor ekonomi universiti itu, Yusuke Narita mempertahankan pandangannya itu dalam profil New York Times hujung minggu lalu selepas dia membuat kenyataan dalam program berita pada 2021.

“Saya rasa ada satu-satunya penyelesaian yang cukup jelas.

“Akhirnya, bukankah ia membunuh diri beramai-ramai dan orang tua menjalani ‘seppuku’ beramai-ramai?”

Seppuku, atau lebih dikenali sebagai ‘harakiri’ ialah upacara menikam perut sendiri yang dipaksakan kepada samurai yang telah membawa kehinaan kepada diri mereka sendiri pada abad ke-19 di Jepun.

Narita mendakwa yang cadangan ini akan memberi laluan kepada generasi muda untuk mengambil alih perniagaan, politik dan hal-hal lain yang enggan dilepaskan oleh generasi tua.

Cadangannya bukan sahaja mencetuskan kemarahan orang ramai, malah menjadikannya lebih terkenal dengan lebih 569,000 pengikut Twitter.

Narita juga memberitahu Times bahawa dia “khuatir dengan fenomena di Jepun, di mana taikun yang sama terus menguasai dunia politik, industri tradisional, dan media/hiburan/kewartawanan selama bertahun-tahun.”

Dia mengakui yang kata-katanya yang dimaksudkan sebagai perumpamaan itu agak kasar, dan dia mula berhati-hati dengan kata-katanya sejak itu.

“Saya sepatutnya lebih berhati-hati tentang potensi konotasi negatif mereka,” kata Narita.

“Selepas muhasabah diri, saya berhenti menggunakan perkataan itu tahun lepas.”

Bagaimanapun, dia tidak bersendirian. Salah seorang figura utama dalam Parti Liberal Demokratik negara itu juga pernah mencadangkan agar orang tua perlu ‘cepat mati’.

Sumber: Daily Mail

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *