Terkini
Prejudis Islamofobia tidak harus dibiarkan – Zambry
Hak saudara Islam di seluruh dunia akan terus dinafikan jika prejudis Islamofobia dibiarkan berterusan.

- Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata tindakan membiarkan prejudis itu berterusan bermakna umat Islam turut bersubahat menceroboh hak asasi manusia untuk seseorang mengamalkan agama tanpa berasa takut.
- “Kita perlu mengakui bahawa perbuatan Islamofobia bukan sekadar kebencian atau prejudis terhadap umat Islam. Ia adalah pelanggaran secara terbuka terhadap hak asasi manusia.
- “Apabila umat Islam berdepan diskriminasi oleh khalayak yang besar, ia menjejaskan prinsip pluralisme dan kesaksamaan yang dibanggakan oleh masyarakat demokratik.
- “Umat Islam seharusnya berhak menyatakan kepercayaan mereka tanpa perlu takut berdepan diskriminasi, penganiayaan dan intimidasi,” katanya.
PUTRAJAYA: Hak saudara Islam di seluruh dunia akan terus dinafikan jika prejudis Islamofobia dibiarkan berterusan.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata tindakan membiarkan prejudis itu berterusan bermakna umat Islam turut bersubahat menceroboh hak asasi manusia untuk seseorang mengamalkan agama tanpa berasa takut.
Beliau berkata, ia berikutan hak kebebasan bersuara bukan bermaksud seseorang bebas untuk menghina agama orang lain, iaitu suatu perbuatan yang bertentangan dengan prinsip universal menghormati agama.
“Kita perlu mengakui bahawa perbuatan Islamofobia bukan sekadar kebencian atau prejudis terhadap umat Islam. Ia adalah pelanggaran secara terbuka terhadap hak asasi manusia.
“Apabila umat Islam berdepan diskriminasi oleh khalayak yang besar, ia menjejaskan prinsip pluralisme dan kesaksamaan yang dibanggakan oleh masyarakat demokratik.
“Selain itu, hak untuk mempunyai kepercayaan dan mengamalkan agama juga termaktub dalam undang-undang antarabangsa sebagai hal asasi manusia.
“Umat Islam seharusnya berhak menyatakan kepercayaan mereka tanpa perlu takut berdepan diskriminasi, penganiayaan dan intimidasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan Forum Antarabangsa mengenai Islam dan Islamofobia: Ke Arah yang Bermakna Penglibatan Melalui Pendekatan Madani, di sini, pagi ini.
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login