Connect with us

Terkini

Pengeluaran akan susutkan dana KWSP jangka panjang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dapat lagi menanggung aliran wang keluar oleh pencarum walaupun keadaan ekonomi rakyat ketika ini dirasakan mendesak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pengeluaran akan susutkan dana KWSP jangka panjang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KWSP tidak dapat lagi menanggung aliran wang keluar oleh pencarum walaupun keadaan ekonomi rakyat ketika ini dirasakan mendesak.
  • Ia akan menjejaskan pelan pelaburan jangka panjang mereka yang akhirnya nanti tidak dapat membawa manfaat besar kepada pencarum di kemudian hari. – Ketua Ekonomi dan Penyelidikan KWSP, Mohd Azfanizam Abdul Rashid
  • Katanya, pengeluaran itu telah menyusutkan dana KWSP yang mahu ditujukan kepada pelaburan yang dapat membawa hasil yang lebih tinggi.
  • “Bila rendah, fokusnya dan pelannya berubah, umpama kita tuai buah yang masih kecil lagi dan sudah pasti itu akan jejaskan peluang KWSP untuk hasilkan dividen yang lebih menarik lagi,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dapat lagi menanggung aliran wang keluar oleh pencarum walaupun keadaan ekonomi rakyat ketika ini dirasakan mendesak.

Jelas Ketua Ekonomi dan Penyelidikan KWSP, Mohd Azfanizam Abdul Rashid, ia akan menjejaskan pelan pelaburan jangka panjang mereka yang akhirnya nanti tidak dapat membawa manfaat besar kepada pencarum di kemudian hari.

Setakat ini RM145 bilion telah dikeluarkan oleh pencarum dalam siri pengeluaran khas sebelum ini, ditambah pemotongan caruman berjumlah RM10 bilion.

Pengeluaran itu telah menyusutkan dana KWSP yang mahu ditujukan kepada pelaburan yang dapat membawa hasil yang lebih tinggi.

“Itu memberi kesan kepada program pelaburan KWSP kerana perlu dialihkan duit itu daripada pelaburan untuk jangka panjang kepada pelaburan yang mempunyai kecairan tinggi seperti pasaran wang.

“Pelaburan berkecairan tinggi ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pengeluaran tunai pencarum, tapi ia mempunyai tahap pulangan yang rendah.

“Bila rendah, fokusnya dan pelannya berubah, umpama kita tuai buah yang masih kecil lagi dan sudah pasti itu akan jejaskan peluang KWSP untuk hasilkan dividen yang lebih menarik lagi,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.

Dalam erti kata lain yang lebih mudah, jika pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan lagi wang mereka, dana untuk KWSP laburkan akan menyusut dan akhirnya pulangan dalam bentuk dividen kepada pencarum akan menjadi kecil.

Sumber: Astroawani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *