Terkini
NGO sokong kawasan ‘Dunia Melayu’ diwujudkan di Kuala Lumpur
ADAB menyokong cadangan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim supaya DBKL mewujudkan satu kawasan ‘Dunia Melayu’ di ibu negara.
- Kewujudan kawasan itu di ibu kota negara akan tarik kedatangan pelawat luar negara bagi urusan peniagaan atau rasmi kerajaan sekali gus bolehkan mereka kenali Malaysia dengan lebih mudah, cepat dan bermakna. – Pengerusi Majlis ADAB Datuk Dr Ghazali Mohd Yusof
- “Amat tepat sekali bagi masyarakat Melayu memiliki peradaban mulia dan tinggi, namun sering tidak dikenali, malah oleh sebahagian dari orang Melayu sendiri.”
- “Dalam mendukung sasaran pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, DBKL perlu sasarkan bukan sahaja pembangunan manusia dari segi kebendaan dan kesentosaan dan tinggalkan kemiskinan, serta kesaksamaan jantina, tapi juga pemeliharaan dan kelestarian budaya asli sebagai satu kekayaan kemanusiaan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) menyokong cadangan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewujudkan satu kawasan ‘Dunia Melayu’ di ibu negara.
Pengerusi Majlis ADAB Datuk Dr Ghazali Mohd Yusof berkata kewujudan kawasan seperti itu di ibu kota negara akan menarik kedatangan pelawat luar negara bagi urusan peniagaan atau rasmi kerajaan sekali gus membolehkan mereka mengenali Malaysia dengan lebih mudah, cepat dan bermakna.
“Gambaran Tan Sri Dr Rais akan cadangan ini (kawasan Dunia Melayu) iaitu satu permukiman pentas seni budaya, muzik, penghasilan pertukangan, kuisin (hidangan), serta kehidupan bernilai budaya tinggi.
“Amat tepat sekali bagi masyarakat Melayu yang memiliki peradaban mulia dan tinggi, namun sering tidak dikenali, malah oleh sebahagian daripada orang Melayu sendiri,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Jumaat lepas, media melaporkan Rais menyarankan DBKL untuk mewujudkan satu kawasan khusus warisan ‘Dunia Melayu’ yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu.
Dalam pada itu, Ghazali berkata pihaknya turut berharap agar kawasan Dunia Melayu itu dapat menjadi kawasan yang sentiasa hidup segar, penuh bermaya dengan semangat peradaban rumpun Melayu dan seterusnya merangsang pengetahuan budaya Melayu di negara ini.
“Dalam mendukung sasaran pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, DBKL perlu menyasarkan bukan sahaja pembangunan manusia daripada segi kebendaan dan kesentosaan dan meninggalkan kemiskinan, serta kesaksamaan jantina, tetapi juga pemeliharaan dan kelestarian budaya asli sebagai satu kekayaan kemanusiaan,” katanya.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Lebih 2,000 terbunuh di Lubnan akibat serangan Israel
Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
- Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
- Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
- “Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
- “990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.
Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
“990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.
“Jawatankuasa kecemasan kementerian akan bertanggungjawab menerima bantuan antarabangsa dan mengagihkannya kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal di seluruh wilayah, melalui mekanisme yang jelas dan telus,” kata menteri itu.
Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Lubnan terhadap apa yang didakwa rejim zionis itu sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September lalu, membunuh lebih 1,250 orang dan mencederakan 3,618 yang lain.
Kempen serangan udara itu adalah peningkatan dalam peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak permulaan tindakan genosid Tel Aviv di Gaza yang telah membunuh hampir 42,000 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan balas Hamas ke atas Israel tahun lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini20 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini23 hours ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa2 days ago
Himpunan pro-Palestin seluruh dunia, setahun genosid Israel di Gaza