Connect with us

Terkini

Malaysia perlu benarkan visa ketibaan kepada semua negara agar kekal kompetitif

Malaysia perlu meneliti langkah membenarkan visa ketibaan kepada semua negara bagi membolehkan ia kekal kompetitif dalam pasaran pelancongan global, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia perlu benarkan visa ketibaan kepada semua negara agar kekal kompetitif
Foto: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing
  • Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, berkata memandangkan industri pelancongan negara masih dalam fasa pemulihan daripada pandemik COVID-19, Malaysia perlu sensitif kepada trend pasaran dan perlu benarkan inisiatif pembukaan semula sepenuhnya itu secepat mungkin.
  • “Ia memberikan imej yang salah mengenai negara dan sistem kita apabila tidak bersedia untuk menyambut ketibaan semula pelancong secara besar-besaran ke Malaysia.
  • “Saya menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk segera meneliti langkah memperluas visa ketibaan kepada semua negara terutama China dan India bagi mengelakkan kita daripada kehilangan daya saing di rantau ini,” katanya.

 

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — Malaysia perlu meneliti langkah membenarkan visa ketibaan kepada semua negara bagi membolehkan ia kekal kompetitif dalam pasaran pelancongan global, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata memandangkan industri pelancongan negara masih dalam fasa pemulihan daripada pandemik COVID-19, Malaysia perlu sensitif kepada trend pasaran dan perlu membenarkan inisiatif pembukaan semula sepenuhnya itu secepat mungkin.

Selain itu, Tiong percaya pihak berkuasa Malaysia mampu menangani lonjakan penumpang serta mengekalkan ketenteraman di pintu masuk di seluruh negara dan tidak lagi menggunakan isu keselamatan sebagai alasan untuk menghalang ketibaan pelancong.

“Ia memberikan imej yang salah mengenai negara dan sistem kita apabila tidak bersedia untuk menyambut ketibaan semula pelancong secara besar-besaran ke Malaysia.

“Saya menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk segera meneliti langkah memperluas visa ketibaan kepada semua negara terutama China dan India bagi mengelakkan kita daripada kehilangan daya saing di rantau ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai ucaptama beliau di Forum Pelancongan ASEAN 2023.

Tiong juga berkata perubahan dalam dasar dan mekanisme Imigresen ketika ini hendaklah dilakukan secara serentak dengan adaptasi serta penyesuaian kepada produk dan perkhidmatan pelancongan tempatan berdasarkan realiti baharu pasaran.

Promosi bersama pelbagai destinasi pada harga pakej pelancongan tunggal yang beliau percaya mampu merangsang daya tarikan industri pelancongan di rantau ini secara keseluruhan telah dibincangkan dalam mesyuarat dua hala dengan Menteri Pelancongan Indonesia dan Menteri Negara Singapura.— BERNAMA

 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber – Cisco

Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.
  • Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.
  • “Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.
  • “Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.

Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Kos terpaksa ditanggung akibat ketidaksediaan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan 73 peratus responden mengatakan mereka mengalami insiden berkaitan dalam tempoh 12 bulan lepas dan 44 peratus mengatakan terpaksa menanggung kos sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).

“Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.

“Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

Cisco berkata syarikat mesti memacu pelaburan lebih berkesan dalam sekuriti, termasuk menggunapakai langkah sekuriti berinovatif dan pendekatan platform sesuai bagi menangani cabaran dalam landskap masa kini,

Pengurusan syarikat juga digalakkan mengukuhkan kemampanan rangkaian menggunakan penjanaan teknologi pembuatan dan meningkatkan pengambilan pekerja bagi merapatkan jurang dalam kemahiran keselamatan siber.

“Landskap cabaran hari ini lebih rumit berbanding dahulu dan organisasi global, termasuk mereka di Malaysia masih lambat untuk meningkatkan kemampanan siber mereka.

“Syarikat perlu menggunakan pendekatan platform yang akan memberikan paparan tunggal yang mudah, selamat serta menyeluruh ke dalam infrastruktur mereka demi mengukuhkan postur keselamatan mereka dan memanfaatkan peluang yang datang dengan teknologi baru muncul dengan sebaik-baiknya,” kata Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Hana Raja. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending