Connect with us

Antarabangsa

Lelaki Muslim dakwa dipecat syarikat penerbangan kerana solat Jumaat

Seorang lelaki Islam mendakwa sebuah syarikat penerbangan di Amerika Syarikat (AS) melakukan diskriminasi selepas tidak membenarkan dia menukar syif untuk solat Jumaat, lapor Middle East Eye.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki Muslim dakwa dipecat syarikat penerbangan kerana solat Jumaat
Foto: Gambar Southwest Airlines.
  • Seorang lelaki Islam dakwa sebuah syarikat penerbangan di AS melakukan diskriminasi selepas tidak benarkan dia menukar syif untuk solat Jumaat.
  • Justin Mavins, yang dikenali sebagai Dauwd Mavins, mula bertugas di Southwest Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Baltimore-Washington pada 28 November 2022 di mana dia ketika itu adalah seorang pelatih dengan tempoh percubaan selama enam bulan.
  • Menurut aduan difailkan Council on American-Islamic Relations (Cair), Dauwd sebelum itu pernah meminta pengurusnya menukar syif pagi pada hari Jumaat kepada syif petang agar dia dapat menghadiri solat Jumaat. 
  • “Saya dukacita memaklumkan hasil pemerhatian kehadiran anda kami simpulkan anda tidak sesuai untuk pekerjaan ini, oleh itu perkhidmatan anda ditamatkan akibat kegagalan lulus percubaan,” kata aduan itu memetik e-mel daripada pengurus Dauwad.

Seorang lelaki Islam mendakwa sebuah syarikat penerbangan di Amerika Syarikat (AS) melakukan diskriminasi selepas tidak membenarkan dia menukar syif untuk solat Jumaat, lapor Middle East Eye.

Justin Mavins, yang dikenali sebagai Dauwd Mavins, mula bertugas di Southwest Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Baltimore-Washington pada 28 November 2022 di mana dia ketika itu adalah seorang pelatih dengan tempoh percubaan selama enam bulan.

Dauwd bekerja pada Selasa hingga Sabtu dan diberi tiga hari cuti peribadi, bagaimanapun sebulan selepas bertugas iaitu pada 28 Disember lalu perkhidmatannya ditamatkan.

Menurut aduan difailkan Council on American-Islamic Relations (Cair), Dauwd sebelum itu pernah meminta pengurusnya menukar syif pagi pada hari Jumaat kepada syif petang agar dia dapat solat Jumaat. 

Dalam tempoh menunggu maklum balas itu, Dauwd menggunakan cuti peribadinya untuk hadir solat Jumaat. Pada 21 Disember lalu, permintaannya untuk menukar syif bekerja telah ditolak.

Keesokannya, Southwest Airlines mengisytiharkan darurat di mana lebih 16,700 penerbangan dibatalkan di seluruh negara kerana pelbagai faktor, termasuk ribut salji.

Semasa tempoh darurat itu, Southwest Airlines menghantar memo mengatakan sesiapa yang gagal bekerja dalam syif ditetapkan akan ditamatkan perkhidmatan dan permintaan untuk ketidakhadiran atas peribadi juga tidak diterima.

Dauwd kemudiannya menggunakan cuti peribadi untuk menunaikan solat Jumaat pada minggu seterusnya dan pada tarikh 28 Disember 2022, perkhidmatannya ditamatkan.

“Saya dukacita untuk memaklumkan hasil pemerhatian kehadiran anda kami simpulkan anda tidak sesuai untuk pekerjaan ini, oleh itu perkhidmatan anda dengan ini ditamatkan akibat kegagalan lulus percubaan,” kata aduan itu memetik e-mel daripada pengurus Dauwad.

Sumber : Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *