Connect with us

Terkini

KKM diarah henti perkhidmatan klinik kesihatan selepas waktu pejabat elak isu pembayaran elaun

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) menghentikan lanjutan waktu operasi di klinik kesihatan awam pada hari Ahad dan cuti umum berikutan kakitangan tidak boleh dibayar untuk perkhidmatan tersebut, lapor Code Blue.

Wartawan TMT

Published

on

KKM diarah henti perkhidmatan klinik kesihatan selepas waktu pejabat elak isu pembayaran elaun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) menghentikan lanjutan waktu operasi di klinik kesihatan awam pada hari Ahad dan cuti umum berikutan kakitangan tidak boleh dibayar untuk perkhidmatan tersebut.
  • Perkhidmatan itu didakwa melanggar pekeliling 2007 yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan terkait waktu lanjutan di klinik kesihatan.
  • Mengikut Pekeliling No. 8/2007 Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 10 Disember 2007, klinik kesihatan awam yang berhampiran hospital boleh menyediakan perkhidmatan di luar waktu pejabat atau dikenali waktu lanjutan iaitu dari 5 petang hingga 9 malam pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) serta dari 8 pagi hingga 12 malam pada hari Sabtu namun perkhidmatan pada hari Ahad dan cuti umum dikecualikan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) menghentikan lanjutan waktu operasi di klinik kesihatan awam pada hari Ahad dan cuti umum berikutan kakitangan tidak boleh dibayar untuk perkhidmatan tersebut, lapor Code Blue.

Menurut pekeliling 10 Februari 2023 dari Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Norhayati Rusli, semakan waktu lanjutan di klinik kesihatan di seluruh negara mendapati Jabatan Kesihatan Negeri menyediakan khidmat itu dengan waktu operasi berbeza dan mengikut keperluan.

Bagaimanapun, perkhidmatan itu didakwa melanggar pekeliling 2007 yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan terkait waktu lanjutan di klinik kesihatan.

Mengikut Pekeliling No. 8/2007 Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 10 Disember 2007, klinik kesihatan awam yang berhampiran hospital boleh menyediakan perkhidmatan di luar waktu pejabat atau dikenali waktu lanjutan iaitu dari 5 petang hingga 9 malam pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) serta dari 8 pagi hingga 12 malam pada hari Sabtu namun perkhidmatan pada hari Ahad dan cuti umum dikecualikan.

Pada mesyuarat 5 Februari lalu, yang dihadiri Dr Norhayati bersama wakil bahagian sumber manusia KKM, bahagian kewangan, Jabatan Kesihatan Negeri, bahagian sumber manusia berkata, kelulusan JPA diperlukan untuk melanjutkan waktu operasi di klinik kesihatan hingga Jumaat untuk beberapa negeri iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu; hingga Ahad untuk Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Labuan; serta cuti umum untuk semua negeri.

Wakil bahagian kewangan KKM juga menasihatkan kementerian menghentikan perkhidmatan lanjutan waktu di klinik kesihatan di luar hari pejabat dan waktu yang dibenarkan pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan 2007, sementara menunggu kelulusan JPA bagi dasar ini, agar ia dapat mengelakkan isu pembayaran elaun untuk waktu lanjutan.

Hasil mesyuarat diadakan pada 9 Februari lalu yang melibatkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Ketua Pengarah (pembangunan) JPA, Zulkapli Mohamed, serta pegawai KKM dan JPA lain, telah membincangkan permohonan KKM untuk melanjutkan waktu operasi klinik kesihatan sehingga Jumaat (untuk Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor), Ahad (untuk negeri lain) dan cuti umum.

“Ini adalah untuk mengambil kira keperluan mendesak untuk mengurangkan kesesakan daripada kes bukan kecemasan di jabatan kecemasan hospital, serta memastikan kesinambungan perkhidmatan di klinik kesihatan,” kata Dr Norhayati dalam pekelilingnya pada 10 Februari lalu.

Menurut pekeliling Dr Norhayati, JPA memberitahu KKM supaya menyediakan kertas cadangan mengenai perluasan perkhidmatan lanjutan waktu operasi di klinik kesihatan untuk diteliti sebelum JPA dapat memajukannya kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi mendapatkan kelulusan dan pembiayaan dasar itu.

Beberapa klinik kesihatan kini menyediakan perkhidmatan lanjutan jam melebihi apa yang dibenarkan pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan 2007 (hari biasa: 5 petang-9 malam dari Isnin hingga Jumaat dan 8 pagi-12 malam pada hari Sabtu).

Sumber : Code Blue

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending