Connect with us

Terkini

Kerajaan perlu laksana inisiatif bantu rakyat kurangkan tekanan kos sara hidup – KLCAH

Kerajaan harus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terjejas dengan tekanan kos sara hidup.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan perlu laksana inisiatif bantu rakyat kurangkan tekanan kos sara hidup – KLCAH
Foto: Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH), Datuk Seri Dr KK Chai (tengah)
  • Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH), Datuk Seri Dr KK Chai berkata, Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) lapor lebih 10,507 individu berusia 25 hingga 34 tahun diisytihar muflis.
  • Menurutnya, kebanyakan ahli KWSP berumur 55 tahun ke bawah pula dilaporkan mempunyai wang simpanan rendah iaitu kurang RM10,000 dalam akaun mereka.
  • “Situasi itu membimbangkan. Ini dihadapi rakyat sepanjang tempoh tiga tahun kesan penularan COVID-19.
  • “Kerajaan harus melaksanakan inisiatif membantu rakyat dalam Bajet 2023 susulan tekanan kos sara hidup kini amat menjejaskan kehidupan seharian rakyat,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terjejas dengan tekanan kos sara hidup.

Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH), Datuk Seri Dr KK Chai berkata, Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) melaporkan lebih 10,507 individu berusia 25 hingga 34 tahun diisytihar muflis.

Menurutnya, kebanyakan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 55 tahun ke bawah pula dilaporkan mempunyai wang simpanan yang rendah iaitu kurang RM10,000 dalam akaun mereka.

“Situasi itu membimbangkan. Ini dihadapi rakyat sepanjang tempoh tiga tahun kesan penularan COVID-19.

“Kerajaan harus melaksanakan inisiatif membantu rakyat dalam Bajet 2023 susulan tekanan kos sara hidup kini amat menjejaskan kehidupan seharian rakyat,” katanya sempena Majlis Pelancaran Pejabat Baru KLCAH di Maju Link Bandar Tasik Selatan pada Ahad.

Majlis turut dimeriahkan dengan sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2023 yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau yakin pentadbiran di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mampu membawa kestabilan dan keharmonian ke arah Malaysia yang lebih baik.

“Kita tidak patut membuang masa dengan membangkitkan isu perkauman dan perkara sensitif yang boleh mempengaruhi keyakinan pelabur dan pelancong yang akhirnya merugikan kita sendiri.

“Saya harap semangat perpaduan dan persefahaman antara kaum dapat dikekalkan dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sama-sama membangunkan negara,” katanya.

Mengenai KLCAH, beliau berkata, KLCAH meraikan ulang tahun ke-20 pada tahun ini dan telah berpindah ke pejabat baharu di Maju Link, Bandar Tasik Selatan.

“Hartanah ini bernilai RM1.09 juta dengan jumlah keseluruhan selepas diubah suai adalah RM1.5 juta. Lokasi ini strategik kerana bersebelahan dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

“Kami menyediakan ruang pejabat yang selesa di mana orang ramai dapat menganjurkan majlis sosial, mesyuarat, seminar, aktiviti pelancaran dan lain-lain,” katanya.

Malah katanya, pejabat baharu itu juga boleh berfungsi sebagai pusat operasi untuk ahli KLCAH menyalurkan bantuan kewangan dan menganjurkan program kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending