Connect with us

Antarabangsa

Kartunis Malaysia perlu lawan karikatur jelik Charlie Hebdo

Kartunis dan penyedia kandungan digital Malaysia diminta untuk memberikan reaksi terhadap karikatur jelik terhadap mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria seperti dihasilkan akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo.

Wartawan TMT

Published

on

Kartunis Malaysia perlu lawan karikatur jelik Charlie Hebdo
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kartunis dan penyedia kandungan digital Malaysia diminta untuk memberikan reaksi terhadap karikatur jelik terhadap mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria seperti dihasilkan akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo.
  • “Solidariti itu juga tidak kira sama ada bersama mangsa gempa bumi, peperangan dan konflik seperti di Palestin, Syria dan lain-lain.” – Karikatur berasal Palestin, Mahmoud Abbas
  • Dalam karikatur dimuat naik di akaun Twitter, Mahmoud gambarkan seekor anjing menemani seorang mangsa bawah runtuhan bangunan sedangkan watak babi memakai baju kuning tertera perkataan Charlie.
  • Beliau berharap kartunis di seluruh dunia tidak terima tindakan Charlie Hebdo itu yang hanya mahir menerbitkan kartun menjijikkan.
  • “Tindakan Charlie Hebdo sangat menjijikkan bila mendakwa mereka perjuangkan hak kebebasan berekspresi tapi memperolok-olokkan mangsa gempa,” katanya.

 

KUALA LUMPUR: Kartunis dan penyedia kandungan digital Malaysia diminta untuk memberikan reaksi terhadap karikatur jelik terhadap mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria seperti dihasilkan akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo.

Charlie Hebdo dalam akaun Twitternya memuat naik karikatur dihasilkan Pierrick Juin menggambarkan bangunan rosak, kereta terbalik dan puing-puing runtuhan dengan kapsyen dalam bahasa Perancis bermakna: ‘Tidak perlu hantar kereta kebal.’

Karikatur berasal Palestin, Mahmoud Abbas, berkata karya karikatur dihasilkan termasuk dalam bentuk digital itu sebagai reaksi balas terhadap Charlie Hebdo itu, dapat mengukuhkan solidariti bersama mangsa gempa bumi yang kini mengorbankan lebih 21,000 nyawa.

“Solidariti itu juga tidak kira sama ada bersama mangsa gempa bumi, peperangan dan konflik seperti di Palestin, Syria dan lain-lain,” katanya kepada BH di sini, hari ini.

Dalam karikatur dimuat naik di akaun Twitter, Mahmoud menggambarkan seekor anjing menemani seorang mangsa di bawah runtuhan bangunan sedangkan watak babi memakai baju kuning tertera perkataan Charlie.

Hebdo di belakangnya hanya melihat dengan rupa penuh muslihat.

Mahmoud turut memuat naik karikatur lain dalam akaun Twitternya, Mahmoud Abbas yang memuji usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi mengesan mangsa gempa bumi.

Mahmoud yang juga Penerbit Kandungan Digital Al Jazeera berkata, beliau berharap kartunis di seluruh dunia tidak menerima tindakan Charlie Hebdo itu yang hanya mahir menerbitkan kartun menjijikkan.

Katanya, tindakan Charlie Hebdo sangat menjijikkan apabila mendakwa mereka memperjuangkan hak kebebasan berekspresi tetapi memperolok-olokkan mangsa gempa.

“Ketika serangan terhadap pejabat akhbar Charlie Hebdo berlaku (pada Januari 2015), seluruh dunia bersimpati kerana mereka dianggap sebagai mangsa walaupun sebelum itu mereka melakukan kesalahan kepada Nabi kita.

“Adalah tidak boleh diterima tindakan menyerang idea atau kepercayaan orang lain, lebih-lebih lagi memperolok-olokkan mangsa atas nama hak kebebasan berekspresi,” katanya.

Tindakan Charlie Hebdo itu turut dibantah pereka grafik dan animasi Turkiye, Abrar Sabbah dengan ‘mengajar’ pelukis karikatur akhbar satira kontroversi berpangkalan di Paris terbabit bagaimana menghasilkan lukisan lebih manusiawi.

Dalam video dimuat naik itu, Abrar menunjukkan bagaimana beliau memadamkan sebahagian lukisan dan kata-kata keji dalam karikatur itu, sebelum melukis tangan yang menggenggam bendera Turkiye.

Malah, tindakan Charlie Hebdo turut dikecam ramai tokoh Muslim seperti ulama dan pemimpin hak sivil di Amerika Syarikat (AS), Omar Suleiman; Profesor Undang-Undang dan penulis The New Crusades: Islamophobia and the Global War on Muslims, Khaled Beydoun dan Editor Laman Web Muslim British, 5Pillars serta pengarang Confessions of a Muslim Journalist, Roshan M Salih.

Karikatur itu tidak hanya menerima bantahan tokoh Muslim, bahkan turut dicemuh tokoh bukan Islam seperti ahli politik dan wartawan Jerman, Jurgen Todenhofer yang menyifatkan tindakan Charlie Hebdo menjijikkan kerana mempersendakan penderitaan orang lain.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending