Antarabangsa
Henti guna ubat titis mata ‘EzriCare’ – CDC
CDC sedang memantau rapat ubat jenama EzriCare Artificial Tears selepas ia menjadi jenama paling banyak menerima laporan daripada pengguna.
- Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menggesa doktor dan pesakit berhenti menggunakan ubat titis mata selepas dikaitkan dengan 50 kes jangkitan bakteria serta satu kematian di AS.
- Ubat titis mata itu adalah bebas pengawet dan tidak mempunyai sebarang bahan yang menghalang jangkitan bakteria daripada berlaku.
- “CDC menyarankan agar semua pengamal perubatan dan pesakit segera menghentikan penggunaan EzriCare Artificial Tears sehingga siasatan epidemiologi dan analisis makmal selesai,” kata laporan yang dikeluarkan CDC.
- Ubat mata itu mengandungi bakteria Pseudomonas aeruginosa yang kebal terhadap antibiotik carbapenem serta antibiotik ceftazidime dan cefepime. – Kajian
WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menggesa doktor dan pesakit agar berhenti menggunakan satu jenama ubat titis mata selepas ia dikaitkan dengan 50 kes jangkitan bakteria serta satu kematian di Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post semalam.
CDC sedang memantau rapat ubat jenama EzriCare Artificial Tears selepas ia menjadi jenama paling banyak menerima laporan daripada pengguna.
Ubat titis mata jenama itu adalah bebas pengawet dan tidak mempunyai sebarang bahan yang menghalang jangkitan bakteria daripada berlaku.
“CDC menyarankan agar semua pengamal perubatan dan pesakit segera menghentikan penggunaan EzriCare Artificial Tears sehingga siasatan epidemiologi dan analisis makmal selesai,” kata laporan yang dikeluarkan CDC.
Berdasarkan ujian yang dijalankan agensi tersebut ke atas botol terbuka EzriCare, ia menemui bakteria Pseudomonas aeruginosa yang kebal terhadap antibiotik carbapenem serta antibiotik ceftazidime dan cefepime.
CDC turut menguji bakteria itu untuk melihat sama ada ia sepadan dengan varian dalam jangkitan yang dilaporkan.
Sementara itu, syarikat EzriCare yang berpangkalan di New Jersey mengeluarkan kenyataan minggu lalu bahawa pihaknya tidak diarahkan untuk menarik balik mana-mana produk ubat titis mata serta tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna.
“EzriCare sedia maklum dalam beberapa hari lepas bahawa CDC sedang menjalankan siasatan berterusan berkaitan kejadian buruk melibatkan pelbagai ubat titis mata yang boleh dibeli di farmasi,” demikian menurut kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan sama, EzriCare tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna atau laporan insiden buruk berkaitan siasatan CDC setakat ini. – Agensi
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina