Connect with us

Terkini

Harga sayur dijangka turun minggu depan

Harga sayur-sayuran yang sebelum ini melonjak naik susulan musim hujan dan banjir yang melanda negara, dijangka turun sehingga 40 peratus, mulai minggu ini.

Wartawan TMT

Published

on

Harga sayur dijangka turun minggu depan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Cuaca baik menyebabkan keluaran hasil sayuran kembali meningkat dengan jangkaan bekalan sayuran kembali stabil mulai minggu depan. – Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee
  • “Harga timun sebelum ini melonjak sehingga RM7 kg berikutan hasil sangat kurang kini turun kepada RM2.50 setiap kg selepas pengeluaran meningkat.”
  • “Begitu juga harga kacang panjang sebelum ini naik mendadak kepada RM9 kg kini kembali ke harga asal iaitu RM3.50 hingga RM4 setiap kg.”
  • Hujan lebat berterusan jejaskan ladang sayuran di Johor, Pahang dan Perak sekali gus menyebabkan harga bahan mentah itu melonjak naik di kawasan terjejas berikutan bekalan terjejas dan dijangka hanya akan pulih secara berperingkat hujung bulan ini,” katanya.

JOHOR BAHRU: Harga sayur-sayuran yang sebelum ini melonjak naik susulan musim hujan dan banjir yang melanda negara, dijangka turun sehingga 40 peratus, mulai minggu ini.

Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, berkata ia susulan cuaca yang kembali baik sejak minggu lalu.

Katanya, cuaca baik menyebabkan pengeluaran hasil sayuran kembali meningkat dengan jangkaan bekalan sayuran kembali stabil mulai minggu depan.

“Cuaca baik sejak minggu lalu menyebabkan pengeluaran sayur-sayuran negara terutama di Johor, Pahang dan Perak kembali meningkat.

“Harga timun yang sebelum ini melonjak sehingga RM7 sekilogram (kg) berikutan hasil yang sangat kurang kini turun kepada RM2.50 setiap kg selepas pengeluaran meningkat.

“Begitu juga harga kacang panjang yang sebelum ini naik mendadak kepada RM9 kg kini kembali ke harga asal iaitu RM3.50 hingga RM4 setiap kg.

“Kita menjangkakan bekalan sayuran akan kembali stabil menjelang minggu depan dengan harga sayur kembali murah seperti sebelum musim hujan dan banjir,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sejak bulan lalu, harga sayuran dilaporkan melonjak melebihi 100 peratus, susulan hujan lebat berterusan dan banjir melanda beberapa negeri sejak Disember lalu.

Ser Kwee dilaporkan berkata hujan lebat berterusan menjejaskan ladang sayuran di Johor, Pahang dan Perak sekali gus menyebabkan harga bahan mentah itu melonjak naik di kawasan terjejas berikutan bekalan terjejas dan dijangka hanya akan pulih secara berperingkat hujung bulan ini.

Antara sayuran yang mencatatkan kenaikan harga lebih 100 peratus termasuklah tomato, timun, kacang panjang dan bendi.

Sementara itu, peniaga sayuran pasar basah Tampoi, Wan Baharuddin Ahmad, berkata bekalan sayuran yang diterima daripada pembekal juga kembali meningkat berbanding dua bulan lalu.

“Alhamdulillah, bekalan sayur berdaun yang paling terjejas termasuk bayam, sawi dan kangkung selain tomato, bendi dan kacang panjang, kini semakin pulih.

“Walaupun harganya masih sedikit mahal terutama sayuran berdaun seperti sawi yang kini RM7 kg, namun pembekal memaklumkan harganya akan kembali pulih selepas bekalan meningkat minggu depan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending