Connect with us

Antarabangsa

Gempa bumi Turkiye: Operasi SAR di Syria sukar akibat kekurangan diesel

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Aleppo, Syria berdepan kesukaran apabila bekalan bahan bakar, diesel terhad sehingga mengakibatkan jentera berat tidak dapat digunakan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gempa bumi Turkiye: Operasi SAR di Syria sukar akibat kekurangan diesel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Aleppo, Syria berdepan kesukaran apabila bekalan bahan bakar, diesel terhad hingga mengakibatkan jentera berat tidak dapat digunakan.
  • Operasi diteruskan menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan itu.
  • Anggota SAR juga berdepan kesukaran akibat perimeter runtuhan terlalu luas serta kekurangan tenaga kerja dalam operasi penyaluran bantuan kemanusiaan di daerah terjejas.
  • Sehingga kini, angka kematian mangsa gempa di Syria dicatatkan melebihi 2,900 orang dan dijangka meningkat.
  • Di Turkiye, 12,391 angka korban dicatatkan menjadikan jumlah kematian meningkat lebih 15,000, setakat ini.

 

Aleppo: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Aleppo, Syria berdepan kesukaran apabila bekalan bahan bakar, diesel terhad sehingga mengakibatkan jentera berat tidak dapat digunakan.

Menurut laporan agensi CCTV, walaupun berdepan cabaran operasi SAR terus dijalankan bagi menyelamatkan mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan bangunan di bandar itu.

Pihak berkuasa tempatan turut dilaporkan membuat semakan keselamatan terhadap struktur bangunan yang retak akibat Perang Saudara Syria (sejak 2011).

Sekiranya tidak selamat, penduduk terpaksa dipindahkan bagi mengelak kemalangan jiwa berlaku, memetik laporan itu.

Anggota SAR, turut dilaporkan berdepan kesukaran akibat perimeter runtuhan terlalu luas serta kekurangan tenaga kerja dalam operasi penyaluran bantuan kemanusiaan di daerah terjejas.

Penduduk turut membantu anggota SAR bagi mencari mangsa yang masih hidup di bawah timbunan runtuhan di bandar itu.

Sebuah bangunan dilaporkan runtuh selepas gegaran susulan pada Isnin, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sehingga kini, angka kematian mangsa gempa di Syria dicatatkan melebih 2,900 orang dan dijangka meningkat.

Di Turkiye, 12,391 angka korban telah dicatatkan menjadikan jumlah kematian meningkat lebih 15,000, setakat ini.

Susulan gempa bumi kuat berkenaan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan Presiden Turkiye, telah mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah tenggara dilanda gempa bumi besar yang meragut ribuan nyawa.

Terdahulu, Erdogan dilaporkan berkata, operasi SAR dalam kerja-kerja pemulihan di wilayah terpencil berhampiran Syria terhalang oleh ribut musim sejuk yang buruk menyebabkan beberapa jalan tidak dapat dilalui sekali gus memperlahankan proses penghantaran makanan dan bantuan.

 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *