Connect with us

Terkini

Gangguan seksual, perbicaraan Ebit Lew diteruskan pagi ini

Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada jam 9.20 pagi Selasa bagi menghadiri sambungan perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapinya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Gangguan seksual, perbicaraan Ebit Lew diteruskan pagi ini
Foto: Pendakwah, Ebit Lew.
  • Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada jam 9.20 pagi Selasa bagi menghadiri sambungan perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapinya.
  • Perbicaraan yang bersambung selama empat hari bermula hari ini hingga 10 Februari akan menampilkan saksi keenam bagaimanapun butiran terperinci saksi belum diketahui setakat ini.
  • Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada jam 9.20 pagi Selasa bagi menghadiri sambungan perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapinya.

Perbicaraan itu diteruskan selama empat hari bermula hari ini hingga 10 Februari akan menampilkan saksi keenam bagaimanapun butiran terperinci saksi belum diketahui setakat ini.

Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, pihak pendakwaan telah menampilkan tiga saksi termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong, 40, dan dua pegawai polis bagi memberi keterangan berhubung kes itu.

Keseluruhan saksi yang telah dipanggil memberi keterangan bagi pihak pendakwaan adalah seramai lima orang.

Ebit diwakili barisan peguamnya, Ram Singh, Kamarudin Mohamad Chinki, dan Timothy Daut.

Sementara itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Nur Masrin Amalia serta Majistret, Nor Asyraf Zolhani – The Merdeka Times

Author