Connect with us

Terkini

Fokus perpaduan dan pembangunan rakyat Sabah – Ketua Menteri

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru agar semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Fokus perpaduan dan pembangunan rakyat Sabah – Ketua Menteri
Foto: Datuk Seri Hajiji Noor.
  • Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru agar semua pihak menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, terutama kepada rakyat.
  • Tegas beliau, dalam tempoh ini, tumpuan utama harus diberikan terhadap perpaduan dan pembangunan rakyat di negeri itu.
  • “Oleh itu, saya berharap mereka yang masih lagi mempunyai niat yang lain, mesti memberikan fokus kepada kebaikan negeri, perpaduan, dan pembangunan negeri serta rakyat,” katanya.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru agar semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.

Tegas beliau, dalam tempoh ini, tumpuan utama seharusnya diberikan terhadap perpaduan dan pembangunan rakyat di negeri itu.

“Kita teruskan kerja kita sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat kerana kita mendapat kepercayaan, semua tahu keadaan kerajaan kita sekarang ini.

“Oleh itu, saya berharap mereka yang masih lagi mempunyai niat yang lain, mesti memberikan fokus kepada kebaikan negeri, perpaduan dan pembangunan negeri serta rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Kenderaan kepada 21 Pejabat Kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), di Menara Kinabalu pada Jumaat.

Ketika ditanya jika ada perbincangan di antara GRS dan UMNO, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Disoal mengenai status Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dari Barisan Nasional (BN) atau UMNO, Hajiji berkata perkara itu akan diselesaikan kemudian dan meminta semua agar bersabar.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, kini adalah tempoh bertenang untuk semua pihak mencari titik persamaan dan memahami perbezaan antara satu sama lain bagi mencari jalan penyelesaian kemelut politik di Sabah.

Sumber: Astro Awani

 

Author