Connect with us

Antarabangsa

Dipaksa onani pada kitab Injil, bekas askar Australia dedah sisi gelap latihan ketenteraan

Seorang bekas askar Australia, Damien De Pyle menyaman Komanwel kerana melanggar hak asasi manusianya ketika menjalani latihan tahan seksa tentera.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Dipaksa onani pada kitab Injil, bekas askar Australia dedah sisi gelap latihan ketenteraan
Foto: Bekas askar Australia, Damien De Pyle
  • Seorang bekas askar Australia, Damien De Pyle menyaman Komanwel kerana melanggar hak asasi manusianya ketika menjalani latihan tahan seksa tentera.
  • Dia mendakwa dipaksa melakukan perbuatan seksual yang mengaibkan sebagai sebahagian daripada latihannya pada Mac 2019 di Berek Kokoda, Queensland.
  • Dalam latihan itu, Damien dipaksa meninggalkan agamanya dan mensimulasikan onani pada kitab Injil serta dipaksa mensimulasikan aksi seks pada anak patung.
  • Dia juga diugut yang rakan seperjuangannya akan dibunuh jika enggan menurut arahan.

Seorang bekas askar Australia, Damien De Pyle menyaman Komanwel kerana melanggar hak asasi manusianya ketika menjalani latihan tahan seksa tentera.

Dia mendakwa dipaksa melakukan perbuatan seksual yang mengaibkan sebagai sebahagian daripada latihannya pada 2019.

Dalam penghujahannya kepada Mahkamah Persekutuan, Damien berkata pada Mac 2019, dia menjalani kursus tiga hari yang sangat memenatkan di Berek Kokoda, Queensland.

Damien mendakwa yang dia dan rakan-rakan tidak diberi makanan, air dan tidur dalam tempoh 72 jam

Tambahnya, mereka mengalami halusinasi selepas 34 jam pertama sesi soal siasat dan pemenjaraan olok-olok, menyebabkan ada yang mencederakan diri mereka sendiri.

“Teknik ini menyebabkan ramai, termasuk saya sendiri, mengalami halusinasi visual dan pendengaran, tekanan yang melampau dan menyebabkan seorang peserta berdarah kerana menggali pergelangan tangannya yang digari dan seorang lagi melompat ke dinding akibat halusinasinya.

“Walaupun ada yang berpendapat bahawa kursus ini hanya mensimulasikan proses ditangkap, teknik ini … tidak disimulasikan” katanya dalam hujah tersebut.

Lebih teruk, Damien juga dipaksa untuk mensimulasikan aksi seks pada anak patung.

Menerusi temu bual bersama media bulan lalu, Damien berkata dia diugut yang rakan seperjuangannya akan dibunuh jika dia tidak mematuhi arahan itu.

Kekeliruan akibat kurang makan dan tidur membuatnya percaya dengan ancaman itu.

Selain itu, Damien yang beragama Katolik juga diarah meninggalkan kepercayaan Kristiannya dan mensimulasikan onani pada kitab Injil.

Pihak askar mempertahankan program latihan yang kontroversi itu, mendakawa ia direka untuk mempersiapkan askar jika dipenjara dan diseksa musuh.

Bagaimanapun, dalam dokumen butiran program yang dikeluarkan Khamis lalu, ia mengakui yang latihan itu “mendedahkan pelatih kepada kaedah dan teknik soal siasat yang mungkin digunakan oleh musuh yang tidak mematuhi Konvensyen Geneva”.

Mahkamah Persekutuan pada mulanya memerintahkan agar dokumen butiran program latihan kontroversi terbabit dilindungi dari awam, namun perintah itu dibatalkan baru-baru ini selepas ABC Investigation membuat permohonan dokumen itu diletakkan dalam rekod awam.

Dokumen itu dikemukakan sebagai sebahagian daripada tuntutan mahkamah yang dibawa Damien.

Sumber: ABC

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Ibu kota Belgium haramkan pembelian produk Israel

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.
  • Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.
  • Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.

Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Kesatuan Eropah (EU) pada 2015 mengeluarkan garis panduan baharu untuk pelabelan produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki dianggap sebagai penempatan tidak sah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending