Terkini
Status Sabah, Sarawak ditukar kepada wilayah beri kelebihan — Shafie Apdal
Status kedudukan Sabah dan Sarawak yang diangkat kepada wilayah bakal memberi kelebihan, khususnya dari segi pelaksanaan autonomi..

- Status kedudukan Sabah dan Sarawak yang diangkat kepada wilayah bakal memberi kelebihan, khususnya dari segi pelaksanaan autonomi negeri masing-masing.
- Hak autonomi Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah keistimewaan sedia ada untuk kedua-dua negeri terbabit. – Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
- Shafie juga bekas Ketua Menteri negeri ini memberi contoh Sabah dan Sarawak punyai undang-undang imigresen serta bidang kuasa hak tertentu berbeza dari Semenanjung Malaysia berdasarkan MA63.
- “Nanti kelak ada isu timbul seperti kes mahkamah tentang tuntutan ini, kenapa orang Semenanjung mempunyai sekatan tertentu masuk ke Sabah, peguam tidak boleh mengamalkan guaman mereka di negeri Sabah dan sebagainya,” katanya.
KOTA KINABALU: Status kedudukan Sabah dan Sarawak yang diangkat kepada wilayah bakal memberi kelebihan, khususnya dari segi pelaksanaan autonomi negeri masing-masing.
Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata hak autonomi Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah keistimewaan sedia ada untuk kedua-dua negeri terbabit.
“Di Parlimen, sebenarnya Rang Undang-Undang (RUU) 112D telah diluluskan, tiada keperluan (pewartaan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah).
“Itu memang satu daripada kelainan dan entiti sedia ada untuk membolehkan Sabah dan Sarawak menjadi wilayah, ia bukan sebuah negeri.
“Kerana apa kita hendakkan supaya (Sabah dan Sarawak) diiktiraf sebagai wilayah? Kena ada beberapa peruntukan dan itulah perbezaannya di antara beberapa negeri yang ada,” katanya.
Mengulas lanjut, Shafie yang juga bekas Ketua Menteri negeri ini memberi contoh Sabah dan Sarawak mempunyai undang-undang imigresen serta bidang kuasa hak tertentu berbeza dari Semenanjung Malaysia berdasarkan MA63.
“Jadi kita perlu mempunyai asas dari segi perlembagaan. Itu jangan dipertikaikan.
“Nanti kelak ada isu timbul seperti kes mahkamah tentang tuntutan ini, kenapa orang Semenanjung mempunyai sekatan tertentu masuk ke Sabah, peguam tidak boleh mengamalkan guaman mereka di negeri Sabah dan sebagainya.
“Ini memang di antara peruntukan perjanjian MA63. Jadi kerangkanya untuk membolehkan wilayah itu entitinya di peringkat awal kerana MA63 juga melihat perjanjian antara wilayah tanah Semenanjung dan kerajaan Borneo Utara.
“Waktu itu, kerajaan pemerintahan British di Borneo dan Sarawak berlainan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina WARISAN bertempat di Pejabat WARISAN Tanjung Aru, di sini, hari ini.
Hari ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata status Sabah dan Sarawak perlu kekal sebagai ‘negeri’ seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan laporan sebuah media hari ini, Wan Junaidi menyifatkan pewartaan dua negeri itu sebagai ‘wilayah’ dikhuatiri mengundang masalah lebih besar.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
- Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
- “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.”
- “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.
“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.
“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.
“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.
Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.
Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
Sumber: Sinar Harian
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam