Connect with us

Terkini

Sistem pendidikan perlu dirombak kerana kekurangan bakat – Syed Saddiq

Sistem pendidikan negara perlu dirombak untuk menghasilkan ‘output’ yang lebih berkualiti yakni modal insan bernilai tinggi yang dapat membangunkan negara ke tahap yang lebih baik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sistem pendidikan negara perlu dirombak untuk menghasilkan 'output' yang lebih berkualiti yakni modal insan bernilai tinggi yang dapat membangunkan negara ke tahap yang lebih baik.
Foto: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Sistem pendidikan negara perlu dirombak untuk hasilkan ‘output’ lebih berkualiti yakni modal insan mempunyai nilai tinggi dapat bangunkan negara ke tahap lebih baik.
  • Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ketika ini hasil tidak mencerminkan perbelanjaan besar diperuntukkan bagi sektor pendidikan.
  • Beliau memaklumkan, bahawa Malaysia membelanjakan 21 peratus daripada Keluaran KDNK perkapita dalam sektor pendidikan pada setiap tahun.
  • “Sebab itu saya rasa di sini keutamaannya adalah kita perlu mereformasikan silibus dalam pendidikan rendah dan juga pendidikan tinggi,”- Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara perlu dirombak untuk menghasilkan ‘output’ yang lebih berkualiti yakni modal insan bernilai tinggi yang dapat membangunkan negara ke tahap yang lebih baik.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ketika ini hasilnya tidak mencerminkan perbelanjaan besar yang diperuntukkan untuk sektor pendidikan.

Beliau memaklumkan, Malaysia membelanjakan kira-kira 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita dalam sektor pendidikan setiap tahun.

Ketika mana negara-negara maju seperti Singapura hanya memperuntukkan 11 peratus manakala Jepun pula hanya 7 peratus untuk tujuan sama, iaitu jauh lebih rendah, namun, kualiti modal insan mereka jauh lebih baik.

“Ia terbukti, kita lihat ranking PISA (Program Penilaian Pelajar Antarabangsa) yang mana menyatakan bahawa anak Malaysia berusia 15 tahun ada pemahaman sama dengan anak Singapura yang berumur 12 tahun, tiga tahun kita ketinggalan.

“Sebab itu saya rasa di sini keutamaannya adalah kita perlu mereformasikan silibus dalam pendidikan rendah dan juga pendidikan tinggi,” katanya dalam program Agenda AWANI.

Beliau menghuraikan permasalahan pendidikan tinggi, di mana katanya tempoh pengajian adalah lebih panjang berbanding di negara-negara maju.

Malah, mereka pada masa sama berupaya membenarkan penuntut bekerja ketika tempoh pengajian untuk meraih pengalaman sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar.

“Di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan semua universiti di United Kingdom (UK), pada puratanya ia memerlukan empat tahun untuk memperoleh ijazah sarjana muda sementara di Malaysia, (ia memakan) enam ke tujuh tahun.

“Sudahlah begitu, kelas dari pagi sampai malam, hujung minggu pun ada kelas, nak buat kerja sampingan pun tak boleh. Namun di UK kelas tiga hari sahaja.

“Tak habis di sana, sudah lah belajar lama, hutang pendidikan tinggi, keluar bekerja dapat gaji rendah,” ujar beliau.

Oleh hal-hal demikianlah, kata Syed Saddiq, menjadi antara sebab mengapa ramai graduan lebih memilih untuk bekerja dalam ekonomi gig yang lebih memberi pulangan yang lumayan berbanding pekerjaan berdasarkan kelulusan mereka.

Bagi yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman pula, mereka lebih cenderung untuk bekerja di luar negara yang menjanjikan upah lebih besar yang membuatkan mereka rasa lebih dihargai berbanding di tanah air sendiri.

Maka, tegas Syed Saddiq, walaupun reformasi sistemik itu suatu misi yang panjang dan agak sulit, perlu ada keazaman politik untuk melaksanakannya dan ia harus bermula sekarang.

Sumber: Astro Awani

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *