Terkini
Pengajian percuma buat pelajar generasi pertama keluarga miskin
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperkenalkan program penajaan pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti.
- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperkenalkan program penajaan pengajian percuma pada pelajar generasi pertama keluarga miskin berjaya masuk universiti.
- “Ia sebagai langkah tamatkan kemiskinan melalui ilmu dan kemahiran,” – Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
- “Kita mahu kurangkan beban hutang PTPTN bagi pastikan kelestariannya serta jadikan ia sebagai institusi pembiayaan pendidikan nasional yang bolehkan semua individu dari dalam dan luar negara untuk menyumbang pada pendanaan pendidikan tinggi negara.
- “Negara ini perlukan sektor pendidikan tinggi yang berfungsi dengan efisien dan cemerlang. Perkara ini mesti dimulakan dengan kepimpinan berwibawa dan berprestasi,” katanya.
PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperkenalkan program penajaan pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mekanisme dan dasar tersebut akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan.
“Ia sebagai langkah menamatkan kemiskinan melalui ilmu dan kemahiran,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu KPT di sini pada Isnin.
Mohamed Khaled berkata, KPT juga akan memberi nafas dan sentuhan baharu terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengkaji kesesuaian untuk menjadikan PTPTN sebagai sebuah tabung amanah nasional.
“Kita mahu mengurangkan beban hutang PTPTN bagi memastikan kelestariannya serta menjadikan ia sebagai institusi pembiayaan pendidikan nasional yang membolehkan semua individu dari dalam dan luar negara untuk menyumbang kepada pendanaan pendidikan tinggi negara,” katanya.
Beliau berkata, KPT juga sedang meneroka ruang pendidikan yang anjal melalui penggabungan elemen bersemuka dan maya sebagai memanfaatkan platform digital serta teknologi kerana pendekatan sedemikian berupaya memberi impak pengurangan kos pengajian yang signifikan.
Mohamed Khaled berkata, pemilihan kepimpinan di institusi pengajian tinggi (IPT) dan agensi di bawah KPT akan melalui proses saringan ketat, teliti serta objektif bagi memastikan jawatan diisi tokoh atau calon paling layak dan berwibawa.
Beliau berkata, saringan ketat itu bakal mencerminkan sikap profesional, adil, objektif dan tidak politikal KPT dalam menterjemah pelbagai dasar dan program nasional.
“Negara ini memerlukan sektor pendidikan tinggi yang berfungsi dengan efisien dan cemerlang. Perkara ini mesti dimulakan dengan kepimpinan berwibawa dan berprestasi,” katanya.
Beliau turut menyeru warga IPT agar mendidik penuntut supaya berada di landasan tepat menepati piawaian akademik dan budaya intelektual.
Katanya, KPT ketika ini tidak lagi tertumpu kepada kemahiran insaniah dan amali semata-mata sebaliknya perlu dilengkapi dengan kepintaran mengurus manusia serta mengurus teknologi.
“Kematangan mengawal emosi, kemahiran pelbagai bahasa, kecekapan berunding, kemampuan memimpin perbincangan dan bekerja secara efektif dalam pasukan. Semuanya adalah smart skills (kemahiran pintar),” katanya.
Bagi memperkasakan sistem dan ekosistem program Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), beliau berkata rombakan besar-besaran akan dilakukan terhadap program berkenaan sebagai satu daripada usaha melahirkan pelajar berkemahiran dan cekap teknologi.
“Negara memerlukan ramai individu yang mempunyai kemahiran dan kecekapan teknologi bersifat ‘kalis masa depan’,” katanya. – BERNAMA
Sumber: BERNAMA
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times