Antarabangsa
OIC hantar delegasi ke Afghanistan, bincang berkaitan hak wanita
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhasrat untuk menghantar delegasi ke Afghanistan untuk berbincang dengan kerajaan pimpinan Taliban mengenai hak wanita mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.
- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhasrat untuk hantar delegasi ke Afghanistan untuk berbincang dengan kerajaan pimpinan Taliban mengenai hak wanita mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.
- “Kami berusaha hantar pasukan kedua Ulama ke Afghanistan untuk teruskan dialog mengenai keputusan melucutkan hak pendidikan dan pekerjaan wanita Afghanistan,” – Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha
- “Dialog tersebut akan beri tumpuan pada langkah-langkah yang merampas hak asasi wanita Afghanistan untuk pendidikan, pekerjaan dan keadilan sosial.”
- “Hak-hak ini merupakan keutamaan utama bagi dunia Islam,” katanya.
ANKARA, 20 Jamadilakhir 1444H, Jumaat – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhasrat untuk menghantar delegasi ke Afghanistan untuk berbincang dengan kerajaan pimpinan Taliban mengenai hak wanita mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.
Berikutan mesyuarat luar biasa yang dimulakan oleh Turkiye, pertubuhan yang berpangkalan di Jeddah itu menyuarakan kebimbangan terhadap sekatan yang dikenakan oleh Taliban ke atas wanita Afghanistan.
“Kami berusaha menghantar pasukan kedua Ulama ke Afghanistan untuk meneruskan dialog mengenai keputusan melucutkan hak pendidikan dan pekerjaan wanita Afghanistan,” kata Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha pada mesyuarat itu.
Beliau berkata, dialog tersebut akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah yang merampas hak asasi wanita Afghanistan untuk pendidikan, pekerjaan dan keadilan sosial.
“Hak-hak ini merupakan keutamaan utama bagi dunia Islam,” katanya.
Bagi pihaknya, Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari negara Islam berhubung perkembangan terkini di Afghanistan.
Bulan lalu, kerajaan sementara Taliban melarang wanita daripada memasuki universiti dan bekerja dalam pertubuhan kemanusiaan tempatan dan antarabangsa serta menyertai aktiviti politik. – Agensi
Sumber: Ismaweb