Connect with us

Terkini

Muktamadkan penggunaan Perlembagaan Persekutuan edisi BM sebagai rujukan terakhir – Wirawati PUTRA

Penggunaan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Melayu sebagai rujukan muktamad perlu dilaksanakan dengan segera.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Muktamadkan penggunaan Perlembagaan Persekutuan edisi BM sebagai rujukan terakhir - Wirawati PUTRA
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Melayu sebagai rujukan muktamad perlu dilaksanakan dengan segera.
  • Ketua Wirawati PUTRA Malaysia, Nurhafizah Jamalludin berkata perkara itu selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan bahawa bahasa Melayu adalah rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai bahasa kebangsaan. 
  • “Kita sudah pun melepasi lebih setengah abad kemerdekaan dan sepatutnya kita tidak lagi perlu bergantung kepada bahasa Inggeris sebagai medium bahasa bagi Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  • Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sebelum ini mencadangkan kerajaan menjadikan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Malaysia sebagai versi muktamad (authoritative) bagi undang-undang tertinggi di Malaysia.


KUALA LUMPUR – Penggunaan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Melayu sebagai rujukan muktamad perlu dilaksanakan dengan segera.

Ketua Wirawati PUTRA Malaysia, Nurhafizah Jamalludin berkata perkara itu selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan bahawa bahasa Melayu adalah rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai bahasa kebangsaan. 

Katanya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. 

“Kita sudah pun melepasi lebih setengah abad kemerdekaan dan sepatutnya kita tidak lagi perlu bergantung kepada bahasa Inggeris sebagai medium bahasa bagi Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan yang wajib dipakai adalah dalam Bahasa Melayu, yang mana konteksnya ibu atau bapa, bukan ‘parents’ yang memaksudkan anak itu terpaksa mengikut kedua-duanya. 

“Sebagai sebuah negara kerajaan perpaduan hari ini sewajarnya kita mengutamakan prinsip untuk memartabatkan isi kandungan Perlembagaan Persekutuan. 

“Jika ada kekeliruan ataupun maksud yang bercanggah ia sepatutnya sudah dibincangkan diperingkat penterjemahan bersama pakar perlembagaan,” katanya.

Mengulas lanjut, jika terdapat maksud yang bercanggah atau membawa maksud yang berbeza ia boleh dipinda pada masa akan datang. 

“Jangan cuba memomokkan atau mempolitikkan perkara seumpama ini kerana ia akan memberi pandangan negatif masyarakat kepada penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam urusan rasmi negara,” katanya. 

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sebelum ini mencadangkan kerajaan menjadikan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Malaysia sebagai versi muktamad (authoritative) bagi undang-undang tertinggi di Malaysia. – The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *