Connect with us

Antarabangsa

Lebih 40 universiti swasta berisiko ditutup di Afghanistan

Lebih 40 buah universiti swasta di Afghanistan berisiko untuk menutup operasi sekiranya larangan ke atas wanita untuk mendapatkan pendidikan di universiti diteruskan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 40 universiti swasta berisiko ditutup di Afghanistan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 40 buah universiti swasta di Afghanistan berisiko ditutup sekiranya larangan terhadap wanita mendapatkan pendidikan diteruskan.
  • Kesatuan Universiti Afghanistan berkata, lebih 5,000 kakitangan di universiti swasta kehilangan pekerjaan susulan larangan terhadap wanita mendapatkan pendidikan di universiti yang dikuat kuasa pada 21 Disember tahun lalu.
  • “Lebih 40 pemilik universiti juga memberitahu kami mereka tidak mempunyai keupayaan dalam kewangan bagi meneruskan aktiviti sekiranya keputusan sementara melarang pelajar perempuan ke universiti diteruskan.” – Pengarah Kesatuan Universiti, Mohammad Karim Nasiri.

 

KABUL, 23 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Lebih 40 buah universiti swasta di Afghanistan berisiko untuk menutup operasi sekiranya larangan ke atas wanita untuk mendapatkan pendidikan di universiti diteruskan.

Kesatuan Universiti Afghanistan berkata, lebih 5,000 kakitangan di universiti swasta kehilangan pekerjaan susulan larangan ke atas wanita untuk mendapatkan pendidikan di universiti dikuat kuasa 21 Disember tahun lalu.

“Lebih 40 pemilik universiti juga memberitahu kami mereka tidak mempunyai keupayaan dalam kewangan bagi meneruskan aktiviti sekiranya keputusan sementara melarang pelajar perempuan ke universiti diteruskan.

“Dalam kes ini mereka terpaksa menutup pintu universiti,” kata Pengarah Kesatuan Universiti, Mohammad Karim Nasiri.

Sebahagian pemilik universiti menyatakan kebimbangan dengan situasi yang berlaku dan mereka tiada pilihan lain untuk membuat pelaburan luar daripada negaranya sendiri.

Sementara itu, beberapa pelajar dan pensyarah menggesa supaya Taliban kembali membenarkan pelajar wanita mendapat pendidikan di universiti di negara tersebut.

Seorang pensyarah, Fazal Hadi Wazeen berkata, penutupan universiti dan pusat pengajian tinggi kepada wanita bukan sahaja menjejaskan pusat akademik tetapi juga memberi kesan kepada sektor ekonomi negara.

Mereka menggesa Taliban kembali menarik balik larangan berkenaan dan memberi peluang kepada wanita untuk terus mendapat pendidikan di universiti.

Berdasarkan statistik kesatuan Universiti Afghanistan, 140 universiti di aktif di 24 wilayah di negara berkenaan.

Sumber: Ismaweb

Author