Antarabangsa
Lebih 100 rang undang-undang anti-LGBTQ difailkan di 22 negeri AS
Lebih 100 rang undang-undang yang menyasarkan kelompok LGBTQ dan kehidupan queer (aneh/pelik) — daripada penjagaan kesihatan transgender kepada program golongan pondan (drag) difailkan di 22 negeri di Amerika Syarikat (AS) untuk 2023 setakat ini.

- Lebih 100 rang undang-undang yang menyasarkan kelompok LGBTQ dan kehidupan queer (aneh/pelik) — daripada penjagaan kesihatan transgender kepada program golongan pondan (drag) difailkan di 22 negeri di AS untuk 2023 setakat ini.
- Peguam bela terkemuka di AS menjangkakan tahun ini akan mencatat rekod baharu untuk perundangan anti-LGBTQ.
- Dalam tempoh tiga tahun lalu, 18 negeri melarang atlet pelajar transgender daripada bersaing dalam pasukan sukan sekolah yang sejajar dengan identiti jantina mereka dan bukannya jantina yang diberikan kepada mereka semasa lahir, demikian lapor badan pemikir LGBTQ, Movement Advancement Project.
- Empat negeri AS – Arkansas, Alabama, Tennessee dan Arizona – menggubal sekatan ke atas penjagaan perubatan yang mengesahkan jantina untuk kanak-kanak di bawah umur, walaupun hakim persekutuan menghalang undang-undang daripada dikuat kuasakan di Arkansas dan Alabama.
- Tahun ini penggubal undang-undang sekurang-kurangnya tiga negeri memperkenalkan rang undang-undang menyekat gadis dan wanita transgender daripada bermain dalam sukan wanita.
Lebih 100 rang undang-undang yang menyasarkan kelompok LGBTQ dan kehidupan queer (aneh/pelik) — daripada penjagaan kesihatan transgender kepada program golongan pondan (drag) difailkan di 22 negeri di Amerika Syarikat (AS) untuk 2023 setakat ini.
Peguam bela terkemuka menjangkakan tahun ini akan mencatat rekod baharu untuk perundangan anti-LGBTQ.
Menurut Equality Texas, kumpulan advokasi LGBTQ seluruh negeri setakat ini, Texas mendahului dengan 36 rang undang-undang sedemikian, diikuti dengan Missouri (26); North Dakota (lapan) dan Oklahoma (enam).
Majoriti daripada kira-kira 120 rang undang-undang ini memfokuskan kepada golongan muda transgender dan meneruskan trend bermula kira-kira dua tahun lalu.
Dalam tempoh tiga tahun lalu, 18 negeri melarang atlet pelajar transgender daripada bersaing dalam pasukan sukan sekolah yang sejajar dengan identiti jantina mereka dan bukannya jantina yang diberikan kepada mereka semasa lahir, demikian lapor badan pemikir LGBTQ, Movement Advancement Project.
Empat negeri AS – Arkansas, Alabama, Tennessee dan Arizona – menggubal sekatan ke atas penjagaan perubatan yang mengesahkan jantina untuk kanak-kanak di bawah umur, walaupun hakim persekutuan menghalang undang-undang daripada dikuat kuasakan di Arkansas dan Alabama.
Tahun ini penggubal undang-undang sekurang-kurangnya tiga negeri memperkenalkan rang undang-undang menyekat gadis dan wanita transgender daripada bermain dalam sukan wanita.
Malah penggubal undang-undang di 11 negeri mencadangkan rang undang-undang yang akan menyekat penjagaan kesihatan mengesahkan jantina untuk kanak-kanak di bawah umur dilaksanakan.
Timbalan Pengarah Projek LGBT dan HIV Kesatuan Kebebasan Awam Amerika, Chase Strangio berkata dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, usaha untuk menyekat hak LGBTQ dan golongan pelik (queer) semakin meningkat.
Strangio, yang juga salah seorang peguam mewakili golongan muda transgender dan ibu bapa dalam tuntutan larangan Arkansas terhadap penjagaan perubatan mengesahkan jantina, mengatakan beliau menjangkakan jumlah rang undang-undang anti-LGBTQ difailkan tahun ini akan melebihi jumlah difailkan tahun lalu.
Jangkaan itu berikutan ketika ini lebih 340 rang undang-undang sedemikian dihantar ke badan perundangan negeri, demikian menurut Kempen Hak Asasi Manusia.
Sumber : NBC News

You must be logged in to post a comment Login