Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan Islam AS gesa kerajaan Sweden kecam tindakan bakar al-Quran

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) menggesa kerajaan Sweden pada Selasa untuk mengecam tindakan membakar al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm baru-baru ini, demikian lapor Muslim Mirror.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Kumpulan Islam AS gesa kerajaan Sweden kecam tindakan bakar al-Quran
Foto: Pengarah Eksekutif Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), Nihad Awad
  • Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) gesa kerajaan Sweden pada Selasa untuk mengecam tindakan pemimpin parti sayap kanan Stram Kurs, Rasmus Paludan membakar senaskah al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm.
  • “Walaupun CAIR tidak menganggap kerajaan Sweden bertanggungjawab atas tindakan kebencian ini, kenyataan Perdana Menteri (Ulf) Kristersson masih tidak jelas menyatakan yang kerajaan Sweden tegas menolak Islamofobia sebagai satu bentuk kebencian dan ketaksuban,” – CAIR
  • “Kebebasan bersuara adalah bahagian asas demokrasi. Tetapi yang sah dari segi undang-undang tidak semestinya wajar…” – Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson.

 

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) menggesa kerajaan Sweden pada Selasa untuk mengecam tindakan membakar al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm baru-baru ini, demikian lapor Muslim Mirror.

“Walaupun CAIR tidak menganggap kerajaan Sweden bertanggungjawab atas tindakan kebencian ini, kenyataan Perdana Menteri (Ulf) Kristersson masih tidak jelas menyatakan yang kerajaan Sweden tegas menolak Islamofobia sebagai satu bentuk kebencian dan ketaksuban,” kata pertubuhan hak sivil dan advokasi Islam itu dalam surat yang dihantar kepada Duta Sweden ke Amerika Syarikat (AS), Karin Olofsdotter.

“Malangnya, kejadian pembakaran al-Quran ini bukanlah tindakan terpencil Islamofobia di Sweden. CAIR dan komuniti Muslim Amerika, serta mereka yang mengambil berat tentang kebebasan beragama di seluruh dunia, kekal mengambil berat terhadap peningkatan jumlah laporan media, akademik dan kerajaan yang memperincikan peningkatan berterusan Islamofobia dan insiden berat sebelah anti-Muslim yang berkaitan dan jenayah kebencian di Sweden.”

Sabtu lalu, Kristersson membuat satu ciapan di Twitter yang berkata, “Kebebasan bersuara adalah bahagian asas demokrasi. Tetapi yang sah dari segi undang-undang tidak semestinya wajar,

“Membakar kita yang suci bagi banyak orang adalah perbuatan yang sangat biadab. Saya ingin meluahkan rasa simpati saya kepada semua umat Islam yang tersinggung dengan apa yang berlaku di Stockholm hari ini,” katanya.

Terdahulu, pemimpin parti sayap kanan Stram Kurs, Rasmus Paludan membakar senaskah al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm di bawah perlindungan polis dan dengan kebenaran kerajaan Sweden

Tindakan itu mengakibatkan gelombang kecaman dari seluruh negara Arab dan masyarakat Islam.

 

Sumber: Muslim Mirror

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *