Connect with us

Terkini

Jakim terbit buku adab berbeza pandangan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal menerbitkan buku khusus mendidik masyarakat berhubung isu perbezaan pandangan dalam kalangan umat Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jakim terbit buku adab berbeza pandangan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Cabaran isu perbezaan pendapat tidak terkawal melibatkan umat Islam perlu ditangani. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar 
  • “Situasi ini sekiranya tidak ditangani dengan hikmah akan dibimbangi menambahkan lagi kekusutan masyarakat yang akhirnya boleh mencetuskan krisis kepercayaan.
  • “Buku tema berkenaan akan pastikan perpaduan ummah dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini bakal dapat diperkasakan dengan lebih teguh,” katanya.

 

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal menerbitkan buku khusus mendidik masyarakat berhubung isu perbezaan pandangan dalam kalangan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, cabaran isu perbezaan pendapat yang tidak terkawal melibatkan umat Islam perlu ditangani semua 14 agensi di bawah seliaan beliau.

“Situasi ini sekiranya tidak ditangani dengan hikmah akan dibimbangi menambahkan lagi kekusutan masyarakat yang akhirnya boleh mencetuskan krisis kepercayaan.

“Kita berharap selepas ini akan banyak seminar dan wacana berkaitan tema tersebut agar dapat dikembang dalam pelbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara,” katanya ketika berucap menyampaikan amanat bersempena Perhimpunan Agensi Di Bawah Menteri itu di Kompleks Islam, di sini hari ini.

Mohd. Na’im berkata, penerbitan buku dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu selaras usaha beliau untuk menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cakna terhadap permasalahan tersebut, di samping mendidik umat dalam menyelesaikan perbalahan pandangan dengan ilmu dan budaya adab berbeza pendapat menurut Islam.

Mohd. Na’im berharap, buku tema berkenaan akan memastikan perpaduan ummah dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini bakal dapat diperkasakan dengan lebih teguh. – UTUSAN

 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *