Connect with us

Terkini

(VIDEO) JAKIM siasat pegawai hentam kerajaan dalam kuliah subuh

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawainya mengeluarkan kenyataan berbaur politik dengan menghentam kerajaan dalam satu kuliah Subuh baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

JAKIM siasat pegawai hentam kerajaan dalam kuliah subuh
Foto: Tangkap layar video kuliah Subuh yang tular di Twitter.
  • JAKIM memulakan siasatan terhadap seorang pegawainya mengeluarkan kenyataan berbaur politik menghentam kerajaan dalam satu kuliah Subuh baru-baru ini.
  • “JAKIM telah memanggil pegawai tersebut memulakan prosiding tatatertib dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam,” kata Jakim di Twitter.
  • Ciapan itu tidak menyatakan sebarang nama namun dipercayai rakaman ceramah penolong pengarah kanan Jakim Mohd Meeftah Anuar yang tular di media sosial. 
  • Mohd Meeftah Anuar pernah menyifatkan PH sebagai tidak berakhlak kerana bekerjasama dengan seterunya untuk membentuk kerajaan persekutuan.
  • Ciapan itu membangkitkan lagu ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ yang menjadi lagu tema PKR ketika kempen PRU15.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawainya mengeluarkan kenyataan berbaur politik dengan menghentam kerajaan dalam satu kuliah Subuh baru-baru ini.

Jakim berkata pegawai berkenaan sudah dipanggil untuk siasatan lanjut.

“Pihak pengurusan tertinggi Jakim sedar akan video tular ceramah yang disampaikan oleh seorang pegawai itu yang dilihat mengundang kemarahan netizen.

“Jakim telah memanggil pegawai tersebut untuk siasatan lanjut bagi memulakan prosiding tatatertib dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam,” kata Jakim di Twitter.

Foto: Tangkap layar ciapan dari akaun Twitter rasmi Jakim.

Ciapan itu tidak menyatakan sebarang nama secara khusus namun dipercayai berkenaan rakaman ceramah penolong pengarah kanan Jakim Mohd Meeftah Anuar yang tular di media sosial.

Dalam kuliah subuh di sebuah masjid di Selangor beberapa hari lalu, Mohd Meeftah antara lain menyifatkan PH sebagai tidak berakhlak kerana bekerjasama dengan seterunya untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Dia tidak menyebut mana-mana pihak secara khusus namun membangkitkan lagu ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ yang menjadi lagu tema PKR ketika kempen PRU15.

Dia berkata ada parti yang dahulunya menolak penyamun tetapi sanggup “bercumbu” dengan parti lawan untuk memegang tampuk pentadbiran negara.

“Kita jangan ikut orang, mulut dia belum apa-apa lagi dah penyamun penyangak, siap buat lagu hoi hoi ya hoi. Eh eh lepas tu dia pula ‘bercium’.

“Kita pula nak ikut perangai dia? Tuan-tuan jangan ikut perangai orang buruk akhlak. Itu bukan urusan kita tapi antara dia dan Allah,” katanya dalam rakaman itu.

Sumber: Malaysiakini

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *