Terkini
‘It’s just kissing’, Pengasas Bersama Undi18 dikritik pertahan filem Pulau
“Kita kompelin seni dan filem Malaysia tidak boleh berkembang, tapi lihatlah sendiri bilangan individu yang meminta penapisan.

- “Kita kompelin seni dan filem Malaysia tidak boleh berkembang, tapi lihatlah sendiri bilangan individu yang meminta penapisan.
- “Padahal it’s just kissing plus bikini, yang mana kita semua pernah tonton di filem antarabangsa. Tak suka, tak payah tengoklah,” kata Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai dalam ciapan di Twitter, semalam.
- Ciapan Tharma Pillai itu dikritik netizen yang menegaskan sekiranya perkara tersebut dibiarkan ia akan menyebabkan generasi muda khususnya kanak-kanak merasakan tindakan demikian dibolehkan hingga akhirnya mereka juga bertingkah sebegitu.
KUALA LUMPUR – “Kita kompelin seni dan filem Malaysia tidak boleh berkembang, tapi lihatlah sendiri bilangan individu yang meminta penapisan.
“Padahal it’s just kissing and bikini, yang mana kita semua pernah tonton di filem antarabangsa.
“Tak suka, tak payah tengoklah,” kata Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai dalam ciapan di Twitter, semalam.
Ciapan itu dibuat susulan, kontroversi trailer filem ‘Pulau’ yang berdepan pelbagai kritikan kerana sebahagian daripada babak filem itu didakwa menormalisasikan budaya barat dan tidak senonoh.
Katanya, jika semua perkara hendak diharamkan maka ia akan memberi kuasa kepada mana-mana golongan birokrat di Finas untuk menentukan hala tuju industri kreatif.
“Vote with your wallet if you don’t like a movie,” katanya.
Bagaimanapun, ciapan Tharma Pillai itu mendapat kritikan daripada netizen yang menegaskan sekiranya perkara tersebut dibiarkan ia akan menyebabkan generasi muda khususnya kanak-kanak merasakan tindakan demikian dibolehkan hingga akhirnya mereka juga bertingkah sebegitu.
Pengguna media sosial lain juga berpandangan memaparkan adegan bercium dan berbikini tidak menjanjikan filem itu menjadi bagus.
Antara tangkapan layar ciapan netizen di Twitter:
Dalam pada itu, bekas timbalan menteri agama Marzuk Shaary, dalam hantaran di Facebook hari ini berkata kebebasan berkarya perlu mengekalkan ketinggian budaya tempatan dan agama.
Katanya, ramai pengiat filem negara berjaya menghasilkan filem berkualiti, mampu mendidik rakyat dan mendapat sambutan baik tapa memaparkan adegan-adegan panas.
Justeru, beliau menyeru Lembaga Penapis Film (LPF) membatalkan kelulusan filem tersebut yang bakal ditayangkan pada 9 Mac 2023 dan pihak produksi serta pelakon-pelakon yang melakonkan babak tidak senonoh itu dikenakan tindakan tegas.
Seiring itu, media melaporkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa Lembaga Penapis Filem (LPF) mengkaji semula kelulusan tayangan filem kontroversi tersebut.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kami membantah kandungan yang menonjolkan unsur kelucahan melampau, sekali gus bercanggah dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan.
Tahun lalu, seorang pelakon lelaki terkenal pernah dikenakan tindakan undang-undang atas dasar memuat naik video klip yang mengandungi aksi-aksi lucah. – The Merdeka Times
Sumber : Twitter Tharma Pillai
