Antarabangsa
Gadis 19 tahun kongsi pengalaman diludah selepas dua bulan berhijab
Seorang gadis berkongsi kisah menjadi mangsa gangguan Islamofobia ketika menaiki bas dua tahun lalu.
- Duaa-Azeem Choudhary, 19, berkongsi kisah pernah menjadi mangsa gangguan Islamofobia ketika menaiki bas dua tahun lalu.
- Menurutnya, sekumpulan lelaki mula merenungnya kerana dia satu-satu penumpang yang berhijab di dalam bas.
- Choudary tidak mengendahkan lelaki itu, namun selepas mereka turun dari bas, dia diludah di mukanya.
CANADA- Seorang gadis berkongsi kisah menjadi mangsa gangguan Islamofobia ketika menaiki bas dua tahun lalu.
Duaa-Azeem Choudhary, 19, menjadi satu-satunya penumpang di dalam bas yang memakai tudung hingga lelaki mula merenungnya.
“Ada sekumpulan lelaki kulit putih yang saya perhatikan terus menoleh ke belakang dan memandang saya dengan pandangan jelik,” katanya dipetik CBC.
Dia tidak mengendahkan lelaki itu dengan harapan keadaan akan baik-baik sahaja.
Tetapi selepas turun dari bas, mereka berhenti betul-betul di hadapan tingkapnya.
“Salah seorang daripada mereka meludah terus (di) muka saya. Saya tidak tahu, itu seperti satu kejutan bagi saya kerana tidak pernah mengalami perkara seperti itu sebelum ini,” katanya.
Sejak kebelakangan ini, insiden yang serupa dengan Choudary berlaku di Prince’s Island Park yang menjadi perkara biasa.
Beberapa wanita beragama Islam menjadi mangsa serangan lisan dan fizikal di Calgary kerana penampilan mereka.
Semua ini membuatkan Choudhary mula tertanya-tanya sama ada gangguan yang dia dan orang lain hadapi adalah disebabkan salah faham terhadap Islam.
Sumber: CBC