Antarabangsa
(VIDEO) Dulu anti-Islam, kini wartawan Australia giat perangi Islamofobia
Seorang wartawan Australia yang dahulunya anti-Islam mendedahkan bagaimana api kebenciannya terhadap agama itu, kini terpadam.
Seorang wartawan Australia yang dahulunya anti-Islam mendedahkan bagaimana api kebenciannya terhadap agama itu, kini terpadam.
CJ Werleman menceritakan bagaimana persepsinya berubah menerusi video di akaun Youtubenya, The CJ Werleman Show.
View this post on Instagram
Dia mengaku menjadi seorang Islamofobia selama empat tahun, bermula pada 2005 selepas menyaksikan insiden dua pengebom berani mati Al Qaeda yang membunuh 23 individu di Pantai Jimbaran, Bali, Indonesia.
Buku-buku anti-agama hasil penulisan Richard Dawkins, Christopher Hitchens, Sam Harris dan lain-lain, turut menyemarakkan lagi api kebenciannya.
‘Perang terhadap keganasan’ diketuai Amerika Syarikat berjaya membuatnya percaya Al-Quran adalah ‘dalang’ di sebalik serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) 9/11, pengeboman London dan serangan bom berani mati di Bali.
Berdasarkan kebenciannya itu, dia turut menerbitkan sebuah buku anti-Islam.
Namun kini, dia sudah meminta agar penerbitannya ditarik balik memandangkan penulisan itu sudah tidak menggambarkan pendiriannya sekarang.
Selepas membaca buku hasil penulisan Mahmood Mamdani, barulah dia sedar akan pelbagai penipuan media berkenaan Islam.
Dia mengakui buku itu menarik minatnya untuk memahami lebih mendalam tentang agama Islam.
Werleman bertuah kerana dia yang menetap di Indonesia ketika itu memudahkan aksesnya kepada agamawan hebat di situ.
Melalui merekalah Werleman mendalami Al-Quran dan hadis serta mula mengidolakan Nabi Muhammad SAW.
Kini, Werleman menggunakan kelebihan kewartawanannya untuk mengubah persepsi Islamofobia pula.
Menurutnya, Islamofobia itu bersifat ‘menggoda’, ia berjaya membuatkan orang percaya yang penjajahan Eropah tidak memusnahkan kehidupan sivik, sosial dan politik di negara majoriti Muslim jajahannya.
Sumber: Youtube The CJ Werleman Show