Antarabangsa
China minta rejim Israel henti provokasi ke atas Palestin
Menteri Luar China baharu, Qin Gang selepas menamatkan lawatan pertamanya ke luar negara menyeru rejim Israel..

- Menteri Luar China baharu, Qin Gang selepas menamatkan lawatan pertamanya ke luar negara menyeru rejim Israel untuk tidak membuat sebarang provokasi yang boleh meningkatkan ketegangan dalam kalangan rakyat Palestin.
- “Israel harus menghentikan semua hasutan dan provokasi serta mengelakkan sebarang tindakan unilateral yang mungkin menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk,” kata Qin yang turut menambah bahawa China sangat bimbang akan kemerosotan hubungan di antara Israel dan Palestin.
- Awal bulan ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan melarang paparan umum bendera Palestin, membatalkan pas perjalanan menteri luar Palestin dan mengumumkan ia akan menahan dana yang biasanya dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin.
Menteri Luar China baharu, Qin Gang selepas menamatkan lawatan pertamanya ke luar negara menyeru rejim Israel untuk tidak membuat sebarang provokasi yang boleh meningkatkan ketegangan dalam kalangan rakyat Palestin, lapor RT News.
“Israel harus menghentikan semua hasutan dan provokasi serta mengelakkan sebarang tindakan unilateral yang mungkin menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk,” kata Qin yang turut menambah bahawa China sangat bimbang akan kemerosotan hubungan di antara Israel dan Palestin.
Beliau membuat kenyataan itu pada sesi penerangan media di Kaherah pada Ahad lalu sejurus bertemu dengan Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada penghujung lawatannya ke lima negara Afrika.
Qin juga menyeru status quo di Temple Mount dikekalkan, termasuk Masjid Al-Aqsa, yang merupakan tempat ketiga paling suci bagi penganut Islam.
Dalam pada itu, China turut memperjuangkan penyelesaian dua negara dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin yang merdeka.
“Masyarakat antarabangsa harus meningkatkan kegusaran, meletakkan isu Palestin di puncak agenda antarabangsa, dan menggalakkan penyambungan semula rundingan damai antara Israel dan Palestin,” kata Qin yang mengeluarkan kenyataan itu sejurus pentadbiran Israel menghukum wilayah yang diduduki.
Awal bulan ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan melarang paparan umum bendera Palestin, membatalkan pas perjalanan menteri luar Palestin dan mengumumkan ia akan menahan dana yang biasanya dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin.
Sumber: RT News
