Connect with us

Terkini

Bekalan ayam, telur dalam fasa pemulihan –  Mat Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memaklumkan bahawa bekalan ayam dan telur sedang berada pada fasa pemulihan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bekalan ayam, telur dalam fasa pemulihan -  Mat Sabu
Foto: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memaklumkan bahawa bekalan ayam dan telur sedang berada pada fasa pemulihan.
  • Isu telur dan ayam merupakan isu melibatkan benda hidup, tidak ada tarikh tetap untuk pulih.
  • “Kita sedang berusaha selesaikan, kalau isu jalan raya, kita boleh cakap jalan ini akan siap dalam bulan Julai, tetapi hal makanan, kita hanya boleh jamin ianya ada, ianya mengikut pasaran ketika itu,” katanya.

ALOR SETAR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memaklumkan bahawa bekalan ayam dan telur sedang berada pada fasa pemulihan.

Bagaimanapun, pihak kementerian tidak boleh menetapkan tarikh sebenar bagi penyelesaian membabitkan isu kedua-dua barangan pengguna berkenaan memandangkan ianya melibatkan ‘benda hidup’.

“(Masalah berkaitan ayam dan telur ini) dia sedang (dalam) fasa pulih, masalahnya (adalah) isu (ini melibatkan) benda hidup, (perkara) ini kita tidak boleh letak tarikh (akhir bila boleh diselesaikan masalah itu).

“Kita sedang berusaha (untuk selesaikan), (kalau isu) jalan raya, kita boleh cakap jalan ini akan siap dalam bulan Julai, tetapi ini hal makanan, kita hanya (boleh) jamin ianya ada, ianya mengikut pasaran ketika itu, dia bukan (isu yang sama seperti) jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas lawatan kerjanya ke ibu pejabat Ayam Bismi, Simpang Empat Kangkong, Alor Setar pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohamad menyatakan perbincangan mengenai pemberian subsidi bersasar kini berada pada peringkat kajian akhir dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Tambahnya, perbincangan itu juga melibatkan beberapa kementerian termasuk Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pada Sabtu, Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) telah memberi jaminan kepada MAFS bahawa pengeluaran bekalan ayam dan telur akan kembali normal dan mencukupi untuk pasaran tempatan bermula bulan ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam satu kenyataan memaklumkan, komitmen itu dinyatakan selepas pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, yang diadakan pada Khamis.

Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan Memorandum FLFAM berkaitan isu-isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur.

Sumber: Astro Awani

 

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *