Connect with us

Antarabangsa

Penghidap kanser Palestin meninggal dunia dalam tahanan rejim Israel

Seorang warga Palestin penghidap kanser meninggal dunia dalam tahanan rejim Israel semalam walaupun sepatutnya sudah lama dibebaskannya,

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Nasser Abu Hmaid
  • Nasser Abu Hmaid, 50, meninggal dunia ketika masih dalam tahanan Israel pada pagi Selasa di hospital Assaf Harofeh Israel dekat Tel Aviv.
  • Nasser disahkan menghidap kanser paru-paru tahap akhir pada Ogos 2021 selepas pihak berkuasa Israel menangguhkan pemeriksaan dan rawatan perubatan.
  • Pihak hospital mengesyorkan Nasser dibebaskan segera kerana dia sudah tiada harapan sembuh dan sedang ‘menunggu hari terakhirnya’, namun dia dihantar semula ke klinik penjara Ramla dan terus dipenjarakan.
  • Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata dalam satu kenyataan bahawa Nasser “mati syahid akibat dasar kecuaian perubatan yang disengajakan”.

 

Seorang warga Palestin penghidap kanser meninggal dunia dalam tahanan rejim Israel semalam walaupun sepatutnya sudah lama dibebaskannya,

Memetik laporan Aljazeera, dia juga turut lewat didiagnosis menghidap penyakit itu akibat kecuaian perubatan Israel.

Pihak berkuasa Palestin memaklumkan Nasser Abu Hmaid, 50, meninggal dunia pada pagi Selasa di hospital Assaf Harofeh Israel dekat Tel Aviv.

Dia dipindahkan dari klinik penjara Ramla ke hospital secara mengejut pada petang Isnin selepas kesihatannya dilaporkan merosot dan mengalami koma.

Susulan insiden itu, mogok umum bermula pagi semalam dengan kedai, sekolah dan perniagaan ditutup di seluruh Tebing Barat sebagai tanda berkabung atas kematian Abu Hmaid, termasuk di Ramallah, Hebron, Nablus dan Jenin.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata dalam satu kenyataan bahawa Nasser “mati syahid akibat dasar kecuaian perubatan yang disengajakan”.

Terdahulu, Nasser disahkan menghidap kanser paru-paru tahap akhir pada Ogos 2021 selepas pihak berkuasa Israel menangguhkan pemeriksaan dan rawatan perubatan, demikian menurut kumpulan hak banduan Palestin.

Sejak itu, keluarganya, kumpulan banduan dan pegawai melancarkan kempen menyeru Israel membebaskannya dan memberi amaran bahawa dia sedang “mati perlahan-lahan”akibat kecuaian perubatan.

Keluarganya berulang kali berkata mereka mahu Nasser menghembuskan nafas terakhirnya di sisi mereka.

Menurut laporan perubatan dari hospital Assaf pada September lalu selepas beberapa bulan Nasser menjalani kemoterapi, tiada apa lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya.

Pihak hospital mengesyorkan agar Nasser dibebaskan dengan segera kerana dia sedang “dalam hari-hari terakhirnya”. 

Bagaimanapun dia dihantar semula ke klinik penjara Ramla dan terus dipenjarakan.

Sehingga kini, jenazahnya masih belum diserahkan kepada pegawai Palestin.

 

Sumber: Aljazeera

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending