Connect with us

Terkini

LGBT di Malaysia bergelar jutawan, kempen #endviolence WHO dibidas pendakwah bebas

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerima kecaman banyak pihak di Malaysia selepas memuat naik status menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

LGBT di Malaysia bergelar jutawan, kempen #endviolence WHO dibidas pendakwah bebas
Foto: Firdaus Wong Wai Hung
  • WHO menerima kecaman banyak pihak di Malaysia selepas memuat naik status menyokong golongan LGBT.
  • WHO menegaskan semua pihak mempunyai hak bagi menjalani kehidupan yang bebas daripada sebarang diskriminasi dan keganasan.
  • Bagaimanapun, Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung berpendapat golongan tersebut tidak dihukum atau dinafikan hak sebagai seorang manusia di Malaysia.
  • “Malahan, mereka menjadi usahawan dan jutawan asbab populariti yang diperolehi dengan kesongsangan mereka.
  • “Mereka turut memiliki akses kepada pendidikan dan perubatan walaupun golongan ini merupakan penyumbang terbanyak HIV di Malaysia,” katanya.

 

KUALA LUMPUR –Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerima kecaman banyak pihak di Malaysia selepas memuat naik status menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

WHO menegaskan semua pihak mempunyai hak bagi menjalani kehidupan yang bebas daripada sebarang diskriminasi dan keganasan.

Mengulas perkara itu, pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung berpendapat golongan tersebut tidak dihukum atau dinafikan hak sebagai seorang manusia di negara ini.

“Malahan, mereka menjadi usahawan dan jutawan asbab populariti yang diperolehi dengan kesongsangan mereka.

“Mereka juga mendapat peluang pekerjaan dan menjawat jawatan yang tinggi dalam organisasi.

“Mereka turut memiliki akses kepada pendidikan dan perubatan walaupun golongan ini merupakan penyumbang terbanyak HIV di Malaysia,” tulisnya dalam hantaran Facebook di sini hari ini.

Bukan itu sahaja, ujarnya, golongan songsang itu juga dibantu secara percuma untuk mendapatkan semula sifat semulajadi dan seterusnya menjalani kehidupan normal sebagai manusia yang bernafsu normal.

“WHO sendiri perlu memahami program WHO (di bahagian bawah kiri poster) Human Reproduction Programme (Program Reproduksi Manusia).

“WHO pastinya tahu secara saintifik bagaimana sistem reproduksi manusia berfungsi yang seterusnya membolehkan manusia membiak secara normal kan?

“Bantulah mereka kembali menjalani kehidupan normal bukannya menjustifikasi atau mempromosi kesongsangan itu,” katanya.

Memberi reaksi kepada hantaran tersebut, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Fadzlina Rahman berkata, WHO sedang “celaru” dan “keliru”.

Menurut pemilik akaun bernama Roslina Din, golongan songsang di negara ini bukanlah mangsa seperti yang disifatkan pertubuhan kesihatan sedunia itu.

Setakat pukul 3.30 petang ini, hantaran yang dikongsikan itu berjaya meraih 1,500 tanda suka, 160 perkongsian dan lebih 100 komen daripada warga maya yang rata-rata menolak sokongan yang diberikan WHO kepada golongan LGBT. – The Merdeka Times

Foto: Tangkap layar Facebook WHO

Sumber: Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author