Connect with us

Terkini

Kerajaan jamin RUU355 akan diperhalusi – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memberi jaminan apa sahaja dasar sebelum ini yang memberi manfaat kepada umat Islam akan terus dipertahankan.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin RUU355 akan diperhalusi - Menteri Agama
Foto: Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  • Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na’im Mokhtar jaminan dasar yang beri manfaat kepada umat Islam akan terus dipertahankan kerana ia termasuk Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
  • Mohd Na’im turut beri jaminan Kabinet akan memperhalusi Rang Undang-Undang RUU 355, namun akan dibincangkan teliti kerana keputusan dibuat secara kolektif.
  • Ujarnya, pembentangan RUU 355  amat positif kerana ia sebahagian daripada usaha martabatkan kuasa mahkamah syariah seluruh negara.

BANGI, 14 Jamadilawal 1444H, Jumaat – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memberi jaminan apa sahaja dasar sebelum ini yang memberi manfaat kepada umat Islam akan terus dipertahankan.

Ia termasuk Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

“Saya hendak tekankan di sini bahawa apa sahaja dasar sebelum ini yang banyak beri manfaat kepada agama Islam serta rakyat akan terus kita pertahan dan diteruskan,” katanya seperti dilapor Utusan hari ini.

Beliau menegaskan perkara itu ketika mengulas masa depan kepada pindaan akta berkenaan.

Mohd Na’im turut memberi jaminan bahawa Kabinet akan memperhalusi Rang Undang-Undang RUU 355, namun akan dibawa untuk dibincangkan teliti dalam Kabinet kerana keputusan dibuat secara kolektif.

Menurutnya, pada dasarnya pembentangan RUU 355 adalah amat positif kerana ia sebahagian daripada usaha memartabatkan kuasa mahkamah syariah seluruh negara.

RUU 355 sepatutnya dibentangkan untuk pindaan pada persidangan hujung Oktober lalu, namun terbantut susulan pembubaran Parlimen.

Draf pindaan kepada akta berkenaan bagaimanapun sudah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober lepas.

RUU 355 dibentangkan di Dewan Rakyat buat pertama kali pada 26 Mei 2016 oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Sumber : Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending