Connect with us

Antarabangsa

Iran mansuhkan pasukan polis moral

Iran pada Ahad memansuhkan pasukan polis moral selepas lebih dua bulan bergelut dengan gelombang tunjuk perasaan meluas susulan kes kematian remaja dikenali Mahsa Amini pada 16 September lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Iran mansuhkan pasukan polis moral
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Iran pada Ahad memansuhkan pasukan polis moral selepas lebih dua bulan bergelut dengan gelombang tunjuk perasaan meluas susulan kematian remaja dikenali Mahsa Amini pada 16 September lalu.
  • Tunjuk perasaan yang disifatkan sebagai rusuhan oleh pihak berkuasa tercetus bila Amini, 22, meninggal dunia ketika dalam tahanan polis moral didakwa melanggar kod berpakaian ditetapkan Iran.
  • Pasukan polis moral atau Gasht-e Ershad, ditubuhkan ketika pentadbiran bekas Presiden, Mahmoud Ahmadinejad dan mula melakukan rondaan pada 2006.
  • Penubuhan itu bertujuan menyebarluaskan budaya sopan dan hijab dengan golongan wanita diwajibkan memakai tudung.

TEHRAN: Iran pada Ahad memansuhkan pasukan polis moral selepas lebih dua bulan bergelut dengan gelombang tunjuk perasaan meluas susulan kes kematian remaja dikenali Mahsa Amini pada 16 September lalu.

Tunjuk perasaan yang disifatkan sebagai rusuhan oleh pihak berkuasa itu tercetus apabila Amini, 22, meninggal dunia ketika dalam tahanan polis moral kerana didakwa melanggar kod berpakaian ditetapkan bagi golongan wanita di Iran.

Peguam Negara, Mohammad Jafar Montazeri sebagaimana dipetik agensi berita ISNA berkata, polis moral tiada kaitan dengan badan kehakiman dan sudah dimansuhkan.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada satu persidangan agama, ketika menjawab soalan seorang peserta mengenai sebab polis moral dimansuhkan.

Pengumuman mengenai pemansuhan pasukan itu menyusul sehari selepas Montazeri dipetik berkata, pihak Parlimen dan badan kehakiman sedang menangani mengenai sama ada undang-undang mewajibkan wanita memakai tudung di Iran perlu diubah.

Pasukan polis moral atau nama rasmi, Gasht-e Ershad, ditubuhkan ketika pentadbiran bekas Presiden, Mahmoud Ahmadinejad dan mula melakukan rondaan pada 2006.

Antara lain, penubuhan unit itu bertujuan menyebarluaskan budaya sopan dan hijab dengan golongan wanita diwajibkan memakai tudung.

Pemakaian hijab diwajibkan, empat tahun selepas Revolusi pada 1979 yang menggulingkan monarki disokong Amerika Syarikat dan menubuhkan Republik Islam Iran.

Namun, cara berpakaian wanita di Iran beransur-ansur berubah, terutama ketika pentadbiran bekas Presiden, Hassan Rouhani, dengan golongan itu semakin biasa dilihat memakai seluar jeans ketat bersama tudung longgar dan berwarna-warni.

Bagaimanapun pada Julai lalu, Presiden Ebrahim Raisi yang menggantikan Rouhani, mengarahkan semua institusi negara untuk menguatkuasakan undang-undang pemakaian tudung.

Di sebalik itu, ramai wanita dilihat masih terus melanggar peraturan tersebut dengan membiarkan tudung mereka meleret jatuh ke bahu atau memakai seluar ketat, terutama di bandar besar.

Sumber: Astro Awani

 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending