Connect with us

Antarabangsa

Enggan terima lelaki transgender guna tandas wanita, pelajar dikritik transfobia dan digesa dibuang sekolah

Seorang pelajar perempuan yang enggan menerima pelajar lelaki transgender menggunakan tandas wanita di Universiti Brazil berdepan tuduhan transfobia selain beberapa aktivis trans dari golongan pelajar menuntut dia dibuang sekolah.

Wartawan TMT

Published

on

Enggan terima lelaki transgender guna tandas wanita, pelajar dikritik transfobia dan digesa dibuang sekolah
Foto: Tangkap layar klip video (kiri), pelajar lelaki trasngender, Brigitte Lúcia (kanan).
  • “Bilik air di mana segala-galanya berlaku adalah bilik mandi wanita, untuk wanita. Tetapi saya dimaklumkan UNB mempunyai garis panduan yang memisahkan bilik air mengikut identiti jantina, bukan seks. 
  • “Iaitu, sesiapa mengenal pasti sebagai wanita boleh memasuki bilik mandi wanita. Saya tidak tahu itu,” – pelajar perempuan, Laura (nama samaran).
  • “Jadi saya bertanya apa yang dia lakukan di sana (dalam tandas wanita) kerana saya menyedari dia lelaki. Dia mempunyai janggut, dia tinggi, dia mempunyai suara lelaki. Dia tidak kelihatan seperti wanita transgender”.
  • Pelajar lelaki transgender itu, Brigitte Lúcia mendakwa ia adalah perbuatan jenayah memanggilnya lelaki.

Seorang pelajar perempuan yang enggan menerima pelajar lelaki transgender menggunakan tandas wanita di Universiti Brazil berdepan tuduhan transfobia selain beberapa aktivis trans dari golongan pelajar menuntut dia dibuang sekolah.

Pada 14 Disember lalu, sebuah video diambil di Universiti Brasília (UNB) menjadi tular di media sosial dengan memaparkan seorang lelaki berjanggut memakai gaun dengan kuat menjerit di hadapan seorang pelajar perempuan yang kelihatan cuba melarikan diri daripadanya.

Pelajar perempuan itu dikenali sebagai Laura (nama samaran) sementara identiti pelajar lelaki yang dikenal pasti sebagai transgender dan homoseksual itu bernama Brigitte Lúcia, lapor Reduxx. 

“Tetapi awak lelaki!” kata Lucia mempertahankan pendiriannya.

“Saya bukan lelaki! Tiada apa yang menghalang saya daripada menyentuh muka awak. Perempuan, hormati saya! Hormati saya!” jerit pelajar transgender, Lucia.

Dalam beberapa klip lanjutan, pelajar transgender itu juga boleh didengari berkata ia adalah perbuatan jenayah untuk memanggilnya lelaki.

“Bilik air di mana segala-galanya berlaku adalah bilik mandi wanita, untuk wanita. Tetapi saya dimaklumkan UNB mempunyai garis panduan yang memisahkan bilik air mengikut identiti jantina, bukan seks. 

“Iaitu, sesiapa mengenal pasti sebagai wanita boleh memasuki bilik mandi wanita. Saya tidak tahu itu,” kata Laura kepada Reduxx.

Apabila memasuki bilik air dan melihat Lúcia, Laura berkata dia menjadi cemas kerana terdapat beberapa insiden gangguan seksual dan rogol baru-baru ini berlaku di kampus, serta lelaki juga dilaporkan memasuki tandas wanita untuk merakam wanita menggunakan tandas.

“Ini menyebabkan saya sangat panik.

“Jadi saya bertanya apa yang dia lakukan di sana kerana saya menyedari dia lelaki. Dia mempunyai janggut, dia tinggi, dia mempunyai suara lelaki. Dia tidak kelihatan seperti wanita transgender.

“Sebaik sahaja saya menghampirinya, dia memberitahu saya dia seorang wanita… Tetapi saya tidak faham, kerana saya tidak dapat melihat dia wanita melainkan seorang lelaki. 

“Dia datang ke arah saya dan dia menyerang saya di bilik air, tetapi seorang gadis lain tiba dan membela saya, ” kata Laura.

Laura menjelaskan dia tidak menentang idea lelaki transgender “beralih sepenuhnya” menggunakan kemudahan wanita tetapi tidak dapat memahaminya apabila Lúcia mula menegaskan dia seorang wanita.

“Dia mula memanggil saya transfobik dan menuding jarinya ke muka saya… Dia mula menjerit kepada saya dan menolak saya dan mengutuk saya. 

“Dia menekan saya sepanjang masa dan menakut-nakutkan saya, seolah-olah dia mahu saya melawan balik… Saya takut dia akan mencederakan saya ketika itu juga. Saya sebenarnya takut mati atau sesuatu, ” kata Laura menceritakan Lucia menyerangnya di kafetaria selepas pelajar perempuan lain cuba menjauhkan mereka.

Laura berkata Lúcia mengejarnya sehingga ke pejabat pentadbir universiti, sebelum dia menolaknya ke dinding kaca.

Kejadian itu menyebabkan kepala dan lengannya terhantuk ke dinding hingga dia mulai pening kepala sebelum seorang pekerja universiti menyelamatkan dia dari Lúcia.

Laura membuat aduan kepada keselamatan kampus dan memfailkan laporan dengan polis tempatan untuk kecederaan badan dialaminya. 

Laura mengatakan sejak kejadian itu tular, beberapa aktivis transgender pelajar mengutuk dia yang dikatakan transfobia dan meminta dia dibuang dari universiti.

Sumber : Reduxx

 

 

Author

Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending